Thursday, December 30, 2010
Selamat hari jadi untuk aku, selamat 2011 buat yang ingin nak merasainya.
Wednesday, December 8, 2010
Friday, November 19, 2010
Aku ker mat tembok Facebook?
Ternyata penceritaan da'wah tidak langsung seperti ini. Hinggakan angan-angan seperti ini langsung tidak pernah berkisar di medan otak para-para sahabat seusrahku yang berkematu punggung bermeeting dan berusrah memikirkan bagaimana untuk menghadirkan perbaikan pada diri mereka dan umat Islam umumnya. Mereka rungsing , resah, takut, gelisah memikirkan kehidupan mereka yang payah, takut sang adik yang tidak faham jadi buntu akal dan cari helah untuk keluar usrah dan macam-macam lagi hal yang mereka fikirkan. Padahal tidak siapa yang tahu, dan tidak siapa yang ingin peduli. Hanya mereka-mereka ini, siapa tahu bersengkang mata menghadap Allah dengan kesukaran yang mereka alami.
Aku tak pernah peduli semua ini sebenarnya. Kerana berapa ribu orang di dunia ini yang pernah aku temui hanya pandai berfalsafah bermadah punjangga pasal Islam dan da'wah. Dan berapa ramai juga yang hanya menunggu-nuggu dan berlari-lari seolah mengejar sesuatu padahal akhirnya mereka sendiri tak tahu apa yang mereka kejar-kejarkan. Tetapi kerana ketidakpedulian aku itu, Allah menemukan aku dengan orang-orang yang hebat ini. Mereka sedar yang mereka harus akur sebagai pelajar dan menghadiri kuliah namun mata mereka seolah dapat meneliti bahawa kehidupan persekitaran mereka agak bermasalah dan siapa lagi kalau bukan mereka yang merasa beban menanggung semua ini. Mereka ini tak pernah rasa ingin melemah waktu diuji, tak pernah mengimpikan mendapat pujian peribadi, tak pernah rasa ingin mencari sesuatu yang hanya semata mendapat kepuasan hati. Apakah orang ini spesies yang hampir pupus yang tak akan ada lagi di Bumi ini 50 tahun akan datang? Kerana ketidakpedulian aku terhadap orang-orang ini, aku terpanggil untuk sama-sama mengikat hati aku ini dengan hati mereka. Semoga di akhirat nanti, aku dapat berselindung atas kebaikan-kebaikan yang aku lakukan bersama-sama mereka-mereka ini.
Kepada budak-budak usrah seluruh dunia nih (perghhh ayat macam OBAMA). Aku nak nasihat supaya kita ni walau camaner sekalipun keadaan diri kita (macam xde ilmu ker, xberapa nak berakhlak baik ker) dan rupa paras kita (ok. aku tahu korang tak berapa nak hensem), ikutlah usrah dengan keikhlasan hati yang maksimum ikhlas kerana Allah. Jangan mudah mengalah dengan apa benda sekalipun kerana pejuang itu hanya mengimpikan kemenangan tapi tak pernah kalah dengan kekalahan.
Dan buat sesiapa yang takut nak berusrah dengan apa cara watak alasan dan sebab sekalipun ingatlah "pengecutan yang paling besar adalah tidak berani melangkah".
Buat orang-orang yang inginkan kebaikan dalam dirinya. Gua rasa lu kena ikut usrah. Tapi kalau awak rasa ikut cermah politik ker, dengar tazkirah ker, baca artikel agama kat facebook ker bleh buat gua berubah dalam masa 4 minggu sambil dapat menurunkan berat badan dan buat gua jadi lebih hensem, gua confirm akan join korang semua. Hakikatnya tak pernah macam tu pun daa... In fact this is not a fairy tale story. Gua pun tak pernah nampak bidadari syurga turun depan mata waktu gua sedang berusrah ini pulak penyanyi-penyanyi ni heboh cerita tipu cakap pernah tengok bidadari laa apa laa (I mean dalam lirik lagu). So, at least gua tak tipu korang, gua tak pernah poyo cam diorang.
Apa-apa hal pun, saya tahu saya tak berapa nak macam ustaz laa. Tapi yang aku tahu selama aku hidup, aku tak pernah nak rasa peduli pasal diri aku sekarang sampai laa aku join usrah aku rasa diri aku dan orang disekelilingku ada bermasalah dan aku mahu semuanya berubah jadi baik. Dan selama aku join usrah, aku tak pernah rasa diri aku kebal tak lut kalau kena tembak ngan pistol, atau tumbuh sayap jadi baik macam malaikat. Tapi selama aku merasakan apa yang aku buat ni satu benda yang baik, mudah-mudahan benda ni jelaa yang aku nak hadapkan kat Allah nanti jadi penghapus amal buruk aku dan jadi modal untuk aku nak masuk syurga nanti. Itu ajer. Dan aku tak pernah langsung nak mengimpikan aku dapat tackle anak dara orang ker, nak dapat bini cam ustazah ker dengan title usrah nih, tapi secara tak langsung buat aku jadi segan nak tackle sapa2 gadis pun biarpun yang si minah tu cantiknya semesta alam, kawan2 beribu-ribu, dan ada lebih 1000 comment cakap "comel" kat profile pics facebook dier. Aku rasakan adalah lebih baik aku jadi lelaki "perasan hensem tak ganggu orang" dari jadi mat "tembok takde kerja niat tackle orang dengan ayat berkias-kias ni".
Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim. Mudahan Allah mengampuni segala dosa aku nih dan perbaiki akhlak aku. Takut juga aku nanti tak laku nanti. Hahaha. Takdelaa gurau.
Oklah. Salam.
p/s: Esok aku ada meeting. Kepada ikhwah-ikhwah, semoga meeting kita akan mendapat rahmat Allah.
Tuesday, November 16, 2010
Life must go on.....
Thursday, November 11, 2010
Tadabbur surah Luqman
Tadabbur surah Luqman
Pelbagai riwayat telah menceritakan perihal Luqman. Ada riwayat mengatakan Luqman adalah seorang nabi manakala ada pendapat yang dipegang kuat oleh kebanyakan Muffasirin yang mengatakan bahawa Luqman adalah hamba Allah yang telah diberi hikmat oleh Allah s.w.t. Hikmat itu yang bertujuan untuk bersyukur kepada Allah seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran dalam surah Luqman ayat ke 12,
“dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan hikmat
kepada Luqman (dia berkata) Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri ; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji.”
Ayat Luqman surah 13-19 adalah berupa nasihat Luqman kepada anaknya. Di dalam himpunan ayat ini pelbagai pengajaran yang dapat diambil khusus kepada yang bergelar anak dan juga kepada seseorang yang telah menjadi ibu-bapa. Ibu-bapalah yang harus dulu termotivasi dan mengetahui perihal cara atau isi apakah yang harus disalurkan sebagai nasihat kepada anak-anak mereka. Seringkali kita melihat tidak sedikit ibu-bapa yang ketandusan isi dan idea untuk menasihati anak-anak mereka lebih-lebih lagi semua nasihat itu hanyalah untuk mengawasi anak mereka dari memalukan keluarga. Anak-anak ini buntu dan salah faham tentang kehidupan di dunia dan melalui permasalahan dunia di kala umur mereka hanya di awal kematangan dengan terumbang-ambing. Di kala kita melihat pelbagai masalah sosial yang melanda sekarang, dan kita tidak tahu apakah ini salah ibu-bapa atau guru atau remaja itu sendiri, mari kita semak tentang ayat dalam Surah Luqman ini. Penulis hanya ingin berkongsi beberapa ayat kerana had penulisan yang terbatas.
13. “Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa
memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan
Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”
Hal yang pertama yang dinasihatkan Luqman pada anaknya adalah berkisar tauhid. Umumnya semua orang mengetahui akan hal ini sehingga ramai yang terlepas pandang dan mengambil ringan akan hal ketauhidan kepada Allah ini. Namun dengan kebijaksanaan Luqman yang diceritakan di dalam Al-Quran, haruslah kita akui bahawa ketauhidanlah yang harus diajari kepada anak-anak sebelum diikuti dengan nasihat-nasihat yang lain. Contohnya seperti soal yang umum berkisar dengan masyarakat seperti cinta. Dewasa sekarang anak-anak sampai jadinya tersalah tafsir tentang cinta. Ibu-bapa pula terlalu mengambil mudah hal ini dan tidak kisah tentang hal cinta ini. Kesannya anak-anak lelaki terlalu mudah untuk mengungkap cinta, dan anak-anak wanita terlalu mudah untuk menerima hal-hal berupa cinta ini dari sang laki-laki. Perkara ini tidak salah, suatu hari hal yang terjadi (seperti jatuh cinta) pasti akan terjadi. Soalnya nanti lama kelamaan takut cinta akan menjadi syirik kepada Allah tanpa kita sedari. Syirik kepada Allah yang kesannya bukan sedikit. Kes-kes anak gadis yang sanggup melarikan diri mengikuti teman lelaki, di rogol beramai dengan teman-teman kawan lelaki ini bukan satu hal yang patut di ambil ringan. Tidak juga ramai yang kecewa atas cinta yang mereka agungkan ini. Ada juga yang tertekan hidup ditinggalkan kekasih seolah dunia ini bukan segala-galanya pada mereka. Ada yang sanggup membunuh diri. Inilah kesyirikan yang kita selalu buta untuk melihatnya. Apakah erti ketauhidan kepada Allah bererti juga mencintai Allah itu lebih dari segala-galanya ini pernah diajari atau dinasihati oleh anak-anak muda ini oleh ibu-bapa mereka? Sepertinya Luqman yang menasihati anaknya? Hakikatnya nasihat ini adalah satu nasihat yang sangat jujur hanya untuk anak-anak itu mendapat kebaikan yang sedikit sekali dinasihatkan pada anak-anak.
14. “Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang
tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi
kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat
kembali.”
Suatu hubungan yang harmoni perlu diterapkan di dalam keluarga walaupun soal aqidah tetaplah soal nombor satu untuk diutamakan. Nasihat anak-anak untuk berbakti dan menghormati orang tua perlu diterapkan dan diulang-ulang seperti banyaknya nasihat ini terkandung di dalam Al-Quran. Ini kerana biarpun separuh dari umur kita diberikan kepada orang tua kita nescaya kita tidak dapat membalas pengorbanan yang diberikan pada kita. 2 tahun umur setelah kita dilahirkan, ibu bapa lah sangat-sangat memerhatikan anak-anak mereka. Terlihat wajah keceriaan pada diri mereka ketika melihat perkembangan anak mereka dari hanya terbaring, mampu meniarap, merangkak, berjalan dan berlari. Ini semua diperhatikan oleh ibu –bapa. Saat melihat anak-anak lambat berjalan seperti anak yang lain walaupun hanya beberapa bulan, muka kerisauan muncul pada wajah ibu-bapa ini. Pun begitu hal ini tidak dapat kita rasai hinggalah kita sendiri yang melaluinya suatu hari nanti. Betapa kita menyayangi zuriat kita, dan betapa kecewanya diri kita saat anak-anak kita itu menjadi permasalahan dan menjadi rosak di hadapan mata kita. Oleh itu, berbaktilah kepada orang tua dan nasihatilah anak-anak supaya sentiasa berbakti kepada orang tua dengan berkali-kali.
Dan ada banyak lagi nasihat yang patut kita ambil di dalam ayat seterusnya surah Luqman. Mudahan ianya menjadi sumber inspirasi untuk mwujudkan satu sistem kekeluargaan yang harmoni.
Saturday, November 6, 2010
Akulah budak usrah yang perasan hensem dan baik.
Sedikit menceritakan beberapa kisah ringkas yang berlaku pada saya beberapa minggu yang lalu. Pertamanya saya telah ditugaskan untuk berada di wad ortopedik selama beberapa minggu. Kebetulan saya terjumpa seorang ikhwah dari UITM Kota Samarahan yang melawat datuknya yang dimasukkan ke dalam wad selepas tergelincir dari lantai. Minggu lalu juga sewaktu berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah bersama rakan sekelas saya , ternampak ikhwah dari Universiti Swinburne. Kami bersalaman dan berpelukan bersentuh pipi ala-Arab yang masih lagi dianggap pelik oleh sesetengah orang. Saya ditanya oleh rakan sekelas saya bagaimana perkaitan saya dengan ikhwah dari Universiti swasta itu, saya hanya tersenyum dan menjawab pendek, “semuanya kerana Usrah”.
Ukhuwah adalah sesuatu yang manis. Seakan melihat laskar-laskar semut berderetan mengikuti aliran air gula yang mengalir begitulah rasa manisnya hingga tak pernah kenal lelah dan payah, tak pernah menilai rupa dan perilaku. Hinggakan berukhuwah tak pernah kenal waktu.Begitulah bagaimana Sirah para Rasul diterangkan pada kita sebagai suatu teladan. Umat Yathrib tak kenal bagaimana rupa saudaranya yang akan berhijrah. Begitupun mereka jadi rindu menunggu penghijrahan mereka. Menyambut dengan penuh kasih-sayang dan siapa tahu ukhuwah yang terjalin itu mampu menggencarkan musuh di medan perang, mampu mengalahkan Yahudi yang tak putus-putus memasang dendam, mampu membina sebuah negara sempurna yang tak ada gantinya pada masa kini. Juga mampu mempunyai sebuah tamadun yang hebat yang diceritakan di buku-buku sejarah sehingga kini. Semuanya atas dasar ukhuwah. Namun ada unsur sulit yang masuk kedalam jiwa mereka membuat ukhuwah mereka setegar itu iaitu Aqidah Islam. Namun kunci itulah yang meny
ebabkan perjalinan ukhuwah terkandas. Mahu berukhuwah namun bukan atas dasar ini, nilainya tak membuahkan nikmat dari Allah, hasilnya tidak manis dan tidak dapat merasai kelazatan Iman. Lalu metode atas semua ini terus dari diri sendiri. Untuk menjanai sebuah usrah/halaqah yang berfungsi mendidik diri kita. Lalu secara tidak lansung Allah menurunkan nikmatNya dan kita akan merasai kelazatan anugerahNya. Teorinya cukup ringkas namun kita lihat betapa ramai yang mengelak untuk diusrahkan mungkin kerana nama “Usrah” atau “Halaqah” itu terlalu baik atau terlalu rendah
atau mungkin harus ditukar kepada yang lebih ganas atau pop seperti “Kumpulan Helang Rimba” atau “Persatuan Bunga Melati” untuk para akhowat?. Biarpun atas apa alasan sekalipun, hakikatnya beruntunglah pada sesiapa yang Allah tunjukkan jalan. Siapa tahu hakikat ukhuwah ini mampu mengulangi sejarah yang lalu. Samaada ukhuwah ini mampu membina suatu daulah Islamiyah seperti dahulu atau tidak itu tergantung kepada Kebijaksanaan Sang Maha Penguasa dan manifestasi amalan dan susah payah kita beramal. Namun yang tetap pasti, ukhuwah atas aqidah yang ikhlas dan diredhai Allah inilah yang memberi imbalan pada jiwa-jiwa mereka di dunia dan akhirat.
(Artikel ni mahu dihantar sebagai tugasan usrah jugak maa..) Maaf jika artikel ini terlalu kebudak-budakan.
From Hanis the not so big loser.
Friday, October 29, 2010
Allah itu.....
Sekarang aku tak semangat laa nak cerita apa-apa. Nak cerita apa jer pun. Takder semangat. Perlukah aku pergi bertapa di mana-mana gua atau mana-mana air terjun untuk mengrecoverkan diri aku nih. Huhu
Tapi takpe, sebagai seorang hero yang dah lama sesat (wahh lama aku tak pakai ayat nih). Aku sentiasa perlu kontrol macho pada bila-bila masa. Bro, tengoklaaa sekeliling kau, orang-orang sekeliling kau sekarang, semuanya lost, semuanya loser, semuanya nak show off, semuanya dah macam takde pedoman, takkan kita nak lari, kutuk belakang, tunjuk jari salahkan orang, bangkitlah bro! Takkan nak harapkan Maher Zain datang Malaysia menyelamatkan anak gadis kita kat sini yang cun-melecun tuh. (kata aku bermonolog sendirian)
Haha kadang-kadang dengan melalui hidup ini, kita jadi tak faham dengan kehidupan kita sendiri namun kita sibuk nak faham kehidupan orang lain. Sebab orang ramai tengok hindustan, korea, jepun, venezuela atau bostwana sampai menangis meleleh keluar air mata tapi tak sedih melihat kehidupannya sendiri. Isk isk sedih. Paling menyedihkan sampai kita tak sedar yang kita miskin dan banyak berhutang dan masih sanggup mengejar kemewahan sampai hutang jadi beranak-pinak menyusahkan cucu-cicit kita bila kita mati nanti.
Kita sibuk untuk memeahami wanita dan pasangan berlawanan dengan diri kita, meneliti perempuan dan rupa parasnya, melirik-lirik mata dari mata sampai ke betis buku lalinya, meneleti dan mengkaji cara untuk merasuk hatinya, menyusun kata-kata untuk apa sahaja tujuan dalam mata-mata keji mereka. Sibuk untuk memikirkan urusan tentang perkahwinan, ciri-ciri pasangan pilihan, padahal urusan perbelanjaan sendiri masih dalam kongkongan ibu-bapa dan kerajaan. Padahal kita sendiri tahu bercinta itu tak pernah kenal sesuatu dan juga waktu. Jangan biarkan fitrah cinta yang baik itu sampai tercemar sampai kita sanggup melupakan yang Menciptakan Cinta itu iaitu Allah. Sampai kita hanya sibuk menilai, sampai kita sibuk mencari kepuasanhati yang tak pernah puas, sampai kita kecewa dengan perlakuan kita sendiri. Manusia yang bodoh selalunya memperbodohkan diri sendiri dengan memikirkan keputusan melulu mereka itu suatu keputusan yang bijak. Akhirnya...akhirnya.... akhirnya kita terjelopok merangkak terkapai kapai mencari dimana Allah, dimana Allah, dimana Allah.
Allah itu..... adalah suatu pertolongan dan cinta yang Subhanallah tak pernah putus-putus. Sampai sekarang aku tak mengerti seperti apakah pertolongan itu. Namun aku pasti itu (pertolongan) adalah suatu yang tulus mulus tak pernah ada cacat-cela atau sengaja sengaja seolah punyai niat lain.
Pertolongan itu sentiasa ada, cukup-cukup sahaja.
Pertolongan itu hanya untuk jiwa yang bersih yang benar-benar inginkan kebaikan
Pertolongan itu bukanlah suatu permintaan sepertinya Alladin meminta kepada jin lampu. Ianya dihulurkan kepada orang yang benar-benar inginkan pertolongan, bukan untuk orang yang ingin agar kepuasan hatinya terwujud.
Err aku stop dulu kot, banyak giler nyamuk gigit kaki aku nih. Good luck bro! moga korang semua hidup dengan selamat dan bahagia macam aku. Hahaha.
Thursday, October 14, 2010
Selamat hari jadi Abah
Pagi ini aku nak pergi klinik macam biasa. Tunggu van di lobi fakulti yang akan membawaku ke klnik kesihatan. Tiba-tiba je ada mesej masuk tit tit bunyi eh, “salam, nak ingatkan harini hari jadi abah,tq” from angah.
Tak ingat plak harini hari jadi abah. Jadi post ni aku tulis untuk abah laa.
Ada satu benda yang aku sangat puji pada abah. Ketabahan dan kesabaran dia. err ni dah lebih dari satu nih. Tapi itu laa abah. Orang lain tahu yang abah pernah jadi ketua masjid di kampung sejak kampung di buka lagi. Orang lain juga tahu abah mengajar anak-anak kecil mengenal huruf Al-Quran hinggakan anak itu menjadi besar dan melahirkan anak dan abah jugalah yang mengajar anak beserta bapak dan mak mereka dahulu. Orang lain juga tahu abah punyai satu tanah kebun seperti juga peneroka lain, dan beberapa tanah tak bermilik yang ada kolam ikan terbiar dek tak tahan dengan kecurian ikan dan banjir yang selalu juga berlaku, beberapa pokok sayur dan lada yang dapat membiayai satu deretan taman perumahan yang habis dicuri penagih dadah, dan sebatang pokok buah naga yang aku beriya-iya minta abah tanam yang sekarang aku tak tahu apakah masih wujud pokok itu atau tidak. Anak pokok yang kami cari jauh di Tampin pada waktu mahal juga harganya.
Orang juga mengetahui abah penyembelih binatang yang tulus, tak pernah abah minta daging atau upah sembelih, pun orang tahu abah dulu pernah membela arnab, ayam, itik, lembu, kambing dan anjing. Hingga pernah orang membawa anak anjing terbiar diberi pada abah, abah bela untuk menjaga tanaman di kebun. Sehingga anjing itu besar, jarang anjing-anjing itu mati di kebun semuanya akan lari keluar kebun mengikuti rakan-rakan anjing lain. Walaupun abah bagi makanan setiap hari. Namun, mungkin tak dapat menandingi dahaganya nafkah batin anjing-anjing tersebut sehingga sanggup lari menjadi anjing liar bersama anjing lain. Binatang pun tak sanggup keseorangan, huhu.
Orang juga mengetahui abah tak suka melepak di kedai kopi petang-petang seperti orang lain. Mungkin teh o yang dibuat emak dan akak atau akak iparku ternyata lebih enak berbanding di warung. Orang juga mengetahui abah hanyalah manusia biasa yang ketika sakit, tak berdaya juga untuk ke masjid biarpun tak pernah beralasan tak datang berjemaah ke masjid kerana malas seperti aku. Huhu.
Dan orang juga mengetahui abah punyai banyak buku di rumah, buku hadiah, majalah-majalah tahun 1960 an yang masih menggunakan tulisan jawi, buku-buku abang yang abah baca ketika waktu lapang, walaupun tak berkaitan dengan kehidupannya hanya ingin menambahkan ilmu. Aku pernah melihat abah membaca buku salasilah keturunan Melayu yang memang pada aku tak bermanfaat pun untuk abah dan aku. Melainkan kalau abah merancang untuk jadi pemimpin UMNO. tapi jelas abah tak pernah dicalon atau tak pernah mencalonkan diri sendiri walau untuk JKKK kampung sekalipun. Abah juga bukan seorang pendeta seperti pendeta Zaaba yang mahsyur di Batu Kikir. Orang kampung hanya kenali Abah sebagai ‘Makmur’ sepengetahuan aku. Walhal nama abah seperti dalam IC adalah Mohd Nor.
Namun ada satu perkara yang menyentuh aku ketika bicara pasal abah. Ketika melahirkan abang atau akakku (ntah yang mana satu aku tak ingat). Waktu emak masih mengandungkan mereka, abah meninggalkan emak di kampung. Namun abah juga mengerjakan ladang sawit dirumah kami di Felda ketika itu. Jaraknya jika menaiki kereta 30 minit perjalanan. Untuk mendapatkan wang sebelum anaknya dilahirkan, abah tekad melakukan itu. Kerana cintanya pada emak, abah juga sanggup berulang-alik melihat emak di kampung. Boleh dikatakan abah akan kerap berulang alik dari rumah ke kampung hanya dengan mengayuh basikal melalui bukit-bukau dan jalan yang panjang untuk semua itu. Tapi kisah ini bukan abah yang menceritakan pada aku. Abah tak pernah luahkan kesusahannya. Aku hanya ketahui kisah ini waktu duduk berbual dengan pakcikku. My dad never complain to me!
Namun kisah ini tak pernah aku tahu sepengetahuan ku. Ketika aku lahir di dunia ini kisah ini seolah tak pernah wujud pada sejarah abah. Aku hanya lahir melihat abah sudah mampu memiliki sebuah kereta toyota corolla merah berlampu bulat yang selalu kami gelar sebagai porsche atau ferrari keluarga kami.
Dahulu abah tak punyai apa-apa, lalu atok sedara aku meminjamkannya sebuah basikal yang sudah buruk untuk digunakan. Abah membaiki basikal itu sehingga menjadi bentuk basikal semula dan boleh digunakan. Tidak lama selepas itu atok sedara meminta kembali basikal yang sudah dapat digunakan itu tanpa memberi apa pun pada abah.Dunia seolah kejam pada pandangan aku tapi mungkin tidak pada pandangan abah. Kisah ini emak yang ceritakan pada aku. But as usual he never complaint, never ungkit-ungkit kat anak cucu atok sedaraku itu.
Sayang aku hanya mengenali abah sekadar apa yang aku teliti dan diberitahu. Aku tidak tahu kehidupan zaman muda abah, kisah percintaannya dengan emak, kehidupannya bersama abang dan kakak yang lain. Abah hanyalah manusia biasa, tapi kejayaannya mendidik aku dan abang kakakku serta anak-anak kampung yang lain aku anggap sebagai luar biasa. Aku pasti umur yang abah sisakan untuk kami pasti tidak sia-sia dan akan tertulis dalam kitab amal kebaikan abah oleh malaikat. InsyaAllah.
Selamat Hari Jadi Abah. You Are the Greatest Father Ever!
p/s: Huh, sampai di klinik ada seorang budak umur 7 tahun yang terseliuh kaki lepas main bola. X-ray revealed no finding.X de patah, ligament tak koyak pun. Tak bagi ubat apa pun. Budak itu juga dibawa oleh abahnya ke klinik dengan motosikal. Aku tahu itu. Namun tak mengerti kesusahannya. Walaupun abahnya sanggup memikul 2 buah helmet. sambil menanti anaknya dicheck di bilik rawatan.
Tuesday, September 28, 2010
Tersesat di Serian
Sekarang aku dekat Serian ni. Posting District. Dengan diliputi gunung dan bukit, suhu disini lebih rendah laa dibanding dengan Kuching. Agak nyaman. Fuh syiok tido.
Otak tak dapat gerak. Beku. Nak cakap apa pun tak tahu. Ntahlaaa.
Nanti aku balik Serian. Aku bawa durian. Ah merepek. Patut tak perlu cakap lagi. Otak aku masih beku. Aku perlukan jamuan 'buku'. Dan perlu banyak kuliah ilmu.
Aku tak perlu tunggu bulan untuk capai purnama. Kerna bulan purnamanya berkali-kali. Cuma perlu tunggu dan sabar. Hilangnya pasti akan diganti. Purnama mana yang tak akan sama. Cuma malamnya saja yang berbeza. Yang hidupkan malam bukan purnama. Malahan kitalah yang menikmatinya. Dibalik awan-awan dan air tasik yang menenangkan. Di liputi puisi, syair pantun yang indah. Yang diuntaikan menjadi doa dan harapan. Ianya bukan hanya dapat hadir untuk satu malam. Jika kamu mahu malam itu. Ianya boleh hadir untuk kamu. Panggillah aku. Kejutkan aku dari malam yang dingin itu. Untuk menikmati purnama malam. Seperti malam-malam yang lalu.
Lalu kita sama-sama basahi diri. Bersujud pada yang Maha Satu. Yang kita saling bersaksi berjanji akan mencintaiNya selama-lamanya. Dan kita juga saling mencintai. Apakah kamu hanya menunggu purnama untuk menjemput kamu ke malam itu? Kerna belum tentu purnama yang jadi saksi segala-galanya. Ada lagi yang lain yang menjadi saksi cinta kita.
Kau. jangan matamu berair kerana sesiapapun. Kuntuman bunga mawar takkan pernah ada harum biarpun dibasahi air mata kau. Kepompong itu tetap terbuka menjadi rama-rama yang cantik biarpun tanpa air mata kau. Selama bumi ini berjalan. Suka atau duka, ianya tetap berjalan biarpun sama ada engkau hadir atau tidak. Sama ada perasan akan kehadiranmu atau tidak. Ianya tetap akan berjalan. Dibalik umur, kau juga akan berjauhan. Dan bumi yang berjalan ini akan tetap juga kita tinggalkan.
Aku akan tetap menunggu kamu. Menjadi arca yang hari-hari digilap menjadi cantik oleh yang pakar. Menjadi tumpuan peneliti yang mahir dengan kualiti dan seni. Tak pernah aku tergerak untuk menjadi rapuh dan goyah. Jika aku retak, bukanlah pengukir yang tersalah ukir. Anggaplah bahan buatanku yang tidak cukup nisbahnya. Namun aku tetap arca yang berdiri teguh di hadapan pintu hati mu. Yang cuba menjadi perawat sanubari mu. Walaupun kau tak menyedari kepentingan ku. Walaupun aku kau anggap umpama hiasan berlumut dibasahi hujan dan panas. Dan aku tak mengharapkan satu hari kau akan menyedari kepentinganku. Kerna aku tahu bumi ini akan tetap berjalan. Seperti sedikit demi sedikitnya badanku terhakis. Lalu aku jadi debu. Aku jadi tak upaya. Lalu aku menampakkan diri asalku. Aku hanya batu.
Dah jangan kasi aku menulis lagi. Kalau tidak aku suka merapu. Otak dah beku nih. Salam.
Thursday, September 2, 2010
Merdeka dan Ramadhan.
31 Ogos dah berlalu. Sorry aku lama tak tulis blog. Sebab diri yang tak busy ni cuba perasan sibuk cuba nak tunjuk alim pada diri sendiri bahawa diri kita juga mampu mendapat keampunan di bulan Ramadhan ni. Mungkinkah? hmmmmm.
Semoga 31 Ogos ini, merupakan hari kemerdekaan yang patut kita hargai biarpun bagaimana caranya. Bayangkan bagaimana negara kita kalau tanpa hari merdeka ini? Kita masih lagi dibawah telunjuk British. Biarpun British bisa sahaja memajukan tanah Melayu dengan bangunan ala ala London, atau tidak mustahil kita dapat memiliki satu stadium seganas Old Trafford di Manchester, namun apakah nilainya jika ianya bernama New England, ataupun Republic of British bukannya Malaysia seperti namanya sekarang. Tidak mustahil jika hari ini (hari merdeka) ini tidak ada, Yahudi juga bersenang lenggang masuk bermigrasi dan membuat penempatan di sini. Bahkan yang terjadi semestinya darurat yang lebih dahsyat dari 16 Mei.
Bersyukurlah dengan Malaysia sekarang. Terimalah apa adanya. Disamping kita sama-sama meningkatkan dan membangunkan Malaysia ini dengan Islam yang murni yang kita percayai selama ini. Malaysia ini unik. Uniknya juga kerana Islam. Sedangkan negara yang asasnya Islam sendiri juga tidak bisa mencegah kemungkaran dan membangunkan peribadi umatnya. Inikan pula negara yang mengamalkan free sex, menghalalkan dadah, arak dan judi. Menghalalkan kajian senjata nuklear. Yang luarannya nampak maju, namun di dalamnya penuh dengan kelemahan yang tersembunyi yang cuba sekuat-kuatnya untuk disembunyikan. Apakah guna negara yang maju, namun hati penduduk seisinya sakit. Penuh dengan hasad, dengki, tamak dan iri hati. Apalah gunanya kemewahan, padahal disekeliling penuh dengan kemiskinan. Umpama melihat telatah sebuah negara presidennya memakai kasut, padahal seluruh penduduknya berkaki ayam. Tetaplah juga negara itu digelar negara yang miskin.
Jadilah penduduk Malaysia yang maju wahai rakyatku (heh macam lah aku PM). Maju bukan diukur dengan kemewahan. Tapi diukur dengan sejauh mana kita berusaha memperbetulkan diri sendiri dari pelbagai kesalahan dan kelemahan. Bukan hanya ingin tahu menutup kelemahan diri demi mengejar sesuatu yang tak lama bertahan. Harta, pangkat, jawatan, gelaran. Itu hanya kenikmatan namun itu bukanlah kehormatan. Kita tidak dihormati dan dimuliakan dengan semua itu!
Sekarang Ramadhan sudah ingin berlalu. Oh Malaysia ku! Jika kamu ingin maju hayatilah Ramadhan itu. Syukurilah nikmat yang Allah beri pada negeri ini, nescaya Allah akan tambahi nikmat dan rahmatNya atas negeri ini. Bahkan mudahan akan berkembang biak ke atas negeri-negeri disekelilingnya. Kita juga mahukan negeri Thailand yang bebas dengan dadah dan pelacuran, negeri Indonesia yang bebas dengan kebencian dengan Malaysia, negeri Singapura yang bebas dengan keinginan menguasai Malaysia.Ya Allah, tambahilah penduduk negeri Malaysia ini dengan ketaqwaan kepadaMu. Mudah-mudahan masalah-masalah yang lain yang ada pada Malaysia ini akan turut ter'settle' secara sendirinya dengan ketaqwaan penduduk ini kepadaMu.
Aku bangga jadi anak Malaysia. Malaysia ini unik. Dengan Islam Malaysia murni. Dengan Tuhan Malaysia dikurniakan nikmat dan rahmat. Tuhan limpahkan rahmat pada pendudukNya, rakyat menjadi bersatu padu biarpun berbeza keimanan dan bangsanya. Subhanallah. Tuhan itu adalah Allah. Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Mengasihani.
Sunday, August 22, 2010
Hati yang mati berkali-kali
Semalam baru sahaja aku hadiri qiamullail Ramadhan di surau kolej. Aku perancang aktivitinya. Belum sempat singgah ke petang setelah tamatnya program itu, hati aku terus mati lagi. Aku tertidur kepenatan. Sehingga Zohor tak menyapa mengejutkan aku. Bangkitnya aku dalam rasa bersalah. Aku terasa seolah hati membisik "Heh, ini perancang aktiviti yang hatinya sudah mati". Takkk. Aku bukan seorang Abdul yang merisaukan label sebagai perancang aktiviti Qiam tergugat kerana hal ini. Aku hanya risau diriku, aku hanya rasakan ini sebagai satu tanda. Tanda mati yang pernah aku rasakan sebelum ini.
Aku lewati (lalui) malam. Malam yang penuh kemurungan. Ditimpa rasa bersalah dan kesedihan. MAlu berhadapan dengan Allah. Pura-pura kot hati inilah yang palin kuat paling terbaik. Padahal itu bohong. Aku tak dapat bohong padaNya. Dia mengetahui aku. Sebelum dari aku mengetahui diriku sendiri. Tak salah aku mengadu padaNya lagi. UNtuk keentah berapa kali. Hati aku mati berkali-kali.
Duhai hati. Sabarlah dikau dengan kudrat yang kau tumpangi ini. Kudrat ini hanya mampu melakukan sesuatu dengan batas-batas manusiawi. Biarpun kau maha hebat dengan keazaman dan kejiwaan yang umpama mujahid. Namun sedarilah kudrat yang kau tumpangi ini hanyalah sekujur tubuh mungil yang selalu sakit-sakit.
A : "Antara bulan dengan bintang mana lagi besar?"
Adik: "Bulanlah yang besar, tengok itu Bulan. bukankah ia lebih besar dari bintang yang kecil tu?"
Abang : "sebenarnya bintanglah yang lagi besar, sebab dia jauh jadi dia lagi kecil dari Bulan"
A: "Kamu benar abang!"
OH Allah, aku mahu jadi seperti Bulan. Aku ingin sangat dekat pada diriMU. biarpun dengan hati kecilku ini, aku yakin pasti jika aku yang paling dekat denganMu, pastilah aku yang paling besar di pandanganMU. :'(
Sunday, August 15, 2010
5th day of Ramadhan, but I dont post anything so far
This is the month that we need to seek for forgiveness. Like what prophet saw said, "Misfortune those who had not get forgiveness from Allah during Ramadhan" (Muslim).
Emmm anyway. I am very busy in this year of Ramadhan. Got many events that I need to be involved. Satarting from wednesday until today (sunday). I only sleep at my home once. Alhamdulillah. Last weekend before a week of ramadhan got one events called Fiesta Ramadhan opening ceremony. Owh before that I went to hiking Santubong mountain. Then, this weekend got Islamic seminar sponsored by ISMA (ikatan muslimin malaysia). It is a very great seminar telling about great Man called Hassan Al-Banna. A great revolutionist from Egypt.
For this Ramadhan, I'm very in high spirit to go through this Ramadhan. May this Ramadhan will give a great moment for me. May I will more closer to Allah.
Happy Eid Ramadhan to everyone!
Friday, August 6, 2010
Mari kita tengok pasal tulang! (go go orthopaedics)
Oleh Dr. Mohamad Daudah
Coccyx (tulang sulbi) adalah tulang terbawah dari vertebral column (tulang punggung). Disebutkan dalam banyak hadits bahwa tulang ini adalah asal mula manusia, bahwa dari tulang inilah mereka akan dibangkitkan pada hari Kiamat, dan bahwa tulang ini tidak hancur di dalam tanah.
Hadits-Hadits Nabi Saw:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasul saw bersabda, ‘Semua bagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang darinya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan.’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa’).
2. Diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasul saw bersabda, ’Ada satu tulang pada anak Adam yang tidak dimakan tanah.’ Mereka bertanya, ‘Apa itu, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Tulang sulbi.’ (HR Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam kitabnya al-Musnad, and Malik dalam kitabnya al-Muwaththa’).
Jadi, hadits-hadits tersebut jelas dan memuat fakta-fakta sebagai berikut:
1. Manusia diciptakan mulai dari tulang sulbi.
2. Tulang sulbi tidak hancur.
3. Pada hari Kiamat, kebangkitan manusia bermula dari tulang sulbi.
Tahap-Tahap Pembentukan Janin
Ketika sperma membuahi ovum, maka pembentukan janin dimulai. Ovum yang telah terbuahi atau disebut zigot itu terbelah menjadi dua sel, dan masing-masing sel itu membelah menjadi dua sel lagi. Pembelahan dan perkembangan sel itu berlangsung hingga terbentuknya embryonic disk yang memiliki dua lapisan.
Tulang Punggung dan Tulang Sulbi:
• External Epiblast yang terdiri dari cytotrophoblasts yang membekalkan makanan embrio pada dinding uterus, dan menyalurkan nutrient dari darah dan cairan kelenjar pada dinding uterus.
• Internal Hypoblast: Dimulai sejak janin terbentuk dengan izin Allah. Pada hari ke-15, lapisan sederhana muncul pada bagian belakang embrio dengan bagian belakang yang tirus, dan disebut primitive node (gumpalan sederhana).
Sisi unsur primitif yang muncul itu diketahui sebagai bagian belakang dari embrio. Dari unsur primitif dan gumpalan sederhana ini seluruh jaringan dan organ janin terbentuk sebagai berikut:
• Ectoderm, membentuk kulit dan sistem saraf pusat.
• Mesoderm, membentuk otok halus sistem digestive (pencernaan), otot skeletal (rangka tulang), sistem edaran darah, jantung, tulang pada bagian kelamin, dan sistem urine (selain pundi kencing), jaringan subcutaneous, the sistem limpa, limpa, dan kulit luar.
• Endoderm membentuk lapisan pada sistim digestive, sistem pernafasan, organ-organ yang berhubungan dengan sistim digestive (seperti liver and pankreas), pundi kencing, kelenjar thyroid, dan saluran pendengaran.
Jadi, lapisan dan gumpalan sederhana itu merupakan tulang sulbi yang dijelaskan Nabi saw kepada kita. Cacat pada janin merupakan bukti bahwa tulang sulbi itu mengandung sel-sel induk bagi seluruh jaringan manusia.
Kesimpulannya, tulang sulbi itu merupakan gumpalan sederhana, dan ianya berkembang dengan menghasilkan tiga lapisan yang membentuk janin: ectoderm, mesoderm and endoderm. Ia juga membentuk seluruh organ tubuh..
Tulang Sulbi tidak Bisa Hancur:
Berbagai kajian menemukan bahwa pembentukan dan pengorganisasian sel-sel janin itu ditopang sepenuhnya oleh lapisan dan gumpalan sederhana, dan sebelum pembentukannya tidak ada diferensiasi sel-sel. Salah seorang peneliti terkemuka yang membuktikan hal ini adalah ilmuwan Jerman yang bernama Hans Spemann.
Setelah melakukan eksperimen-eksperimen terhadap lapisan dan gumpalan sederhana yang mengatur penciptaan janin, dan karena itu ia menyebutnya ‘primary organizer’, maka ia memotong bagian ini dari satu janin dan mengimplantasinya (cangkok) pada janin lain pada tahapan permulaan embrio (minggu ketiga dan keempat). Upaya ini membawa kepada pembentukan janin skunder pada guest body (organ tamu) segera sesudah pencampuran dan pembentukan yang ditopang oleh sel-sel tamu pada implantasi itu.
Ilmuwan Jerman tersebut memulai eksperimennya pada ampibi dengan melakukan implantasi primary organiser pada janin kedua, yang mengakibatkan perkembangan embrio skunder.
Pada tahun 1931, ketika Spemann memotong ‘primary organiser’ dan mengimplantasinya, maka potongan itu tidak memengaruhi eksperiman lagi, sementara embrio skunder itu tetap berkembang.
Pada tahun 1933, Spemann dan ilmuwan lain mengadakan eksperimen yang sama, tetapi kali ini primary organiser itu dipanaskan. Embrio sekunder itu tetap berkembang meskipun primary organiser itu dipanaskan, dan itu menunjukkan bawha sel-sel tersebut tidak terpengaruh. Pada tahun 1935, Spemann dianugerahi Nobel atas penemuannya tentang Primary Organiser tersebut.
Dr Othman Al Djilani dan Syaikh Abdul Majid melakukan beberapa eksperimen terhadap tulang sulbi pada bulan Ramadhan 1423 di Rumah Sheikh Abdul Majid Azzandani, di Sanaa, Yaman.
Keduanya memanggang tulang punggung berikut tulang sulbi dengan gas selama sepuluh menit hingga benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah merah lalu hitam). Kemudian keduanya meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril, dan membawanya ke laboratorim analisa terkenal di Sanaa (Al Olaki Laboratory). Dr al Olaki, the professor bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, menganalisa potongan-potongan tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang coccyx tidak terpengaruh, dan ia dapat bertahan terhadap pembakaran (hanya otot, jaringan lemak, dan sel-sel sumsum tulang saja yang terbakar, sementara sel-sel tulang tidak terpengaruh).
Sumber : http://www.eramuslim.com/syariah/quran-sunnah/coccyx-tulang-sulbi-tungging.htm
Saturday, July 31, 2010
Syarah Al-Hikam 3
Hikmah 3 ; "kekerasan, semangat atau perjuangan itu tidak dapat menembusi tirai takdir"
Takdir, atau ketentuan Allah. Siapapun tidak dapat menolak. Ini, semuaaa orang pun tahu kot. Menerima ketentuan takdir. Tapi sanggup menerima dari cara yang bagaimana? Apakah harus menyerah dengan mengatakan "Ini takdirku" sambil berteriakan menangis? Tak tak tak.
Terhadap hal ini perlunya kepekaan. Iaitu dengan akal, dan juga hati. Hmmmm.... Allah telah memerintahkan kita apabila kita lapar hendaklah kita makan, jika kita haus hendaklah kita minum. Apabila kita sakit harus cari obat. Kita juga harus memperhatikan bahawa sesuatu itu apakah akan datang penyakit darinya, apakah baa keburukan pada kita, atau penyelewengan. Jadi segala yang buruk itu bukan juga dari ketentuan Allah. Sebaliknya apa yang kita harus fahami bahawa segala balasan dari kesan keburukan itu yang datang dari Allah kerana itu sudah ketetapannya.
Ini semua beerti kekuatan Allah. Ya kekuatan Allah yang kita harus sedari dan imani. Umpama kita meyakini bahawa api neraka itu ada kuasa yang membakar yang telah Allah ciptakan dan Allah biarkan maka ianya tetap membakar. Ianya tidak dapat merubah apa-apa.
Bagaimanapun kita melihat tayangan takdir atas diri kita berjalan yang paling penting kita harus berusaha dengan segala kekuatan dan upaya yang Allah berikan pada kita untuk kita mengungkapkan tirai takdir itu sepenuhnya dan yang paling terbaik sekali. Segala rezeki yang dititipkan pada kita itu telah dipersiapkan sesuai dengan ilmuNya dan rahsiaNya. Adapun segala usaha kita itu merupakan pendukung terhadap ketentuan takdir Allah dan merealisasikan dan membuat kita sedar akan kebijaksanaan Allah s.w.t. Itu terjadi apabila kita menyedari hikmah-hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Dan akhirnya, kita sendiri akan lebih mengenali dan lebih ingin mendekati Allah s.w.t. Subhanallah.
Demikianlah seterusnya kita akan merasakan bahawa segala kekuatan itu akhirnya memang datang dari Allah. Umpama kisah Maryam. Di dalam Surah Maryam: ayat 25 ini,
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arah kamu,nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepada kamu".
Sangat mustahil Maryam dengan kudrat wanitanya yang lemah dapat menggoyangkan pangkal pohon kurma sehingga dapat menggugurkan buah. Seorang peneroka Felda pun tak pernah dapat menggugurkan tandan kelapa sawit dengan menggoyangkan pangkalnya. Bahkan menurut riwayat pokok yang Allah arahkan untuk digoyang itu tidak masak buahnya. Tetapi Allah telah memuliakan Maryam dengan kejadian luar biasa yang apabila digoyangkan pohon itu gugurlah buah kurma yang masak. Hmmm mesti lazat seperti Kurma Yusuf Taiyoub di bulan Ramadhan.
Persoalannya apakah kita mengira pada waktu itu Maryam ingkar? Apakah kita mengira bahwa pada waktu itu perintah Allah itu datang, Maryam akan mengatakan "Mustahil aku dapat gugurkan buah ini dengan kudrat wanitaku ini!" Tidakkan dato', datin. Selagi kita beriman pada Allah, Allah s.w.t tetap akan memuliakan kita biarpun luarannya nanti kita akan dikatakan lemah, hina dan macam-macam lagi. Sahabat dahulu selepas mengistiharkan iman, apakah mereka mendapat ilmu kebal ketika berperang? Tak tak tak. Mereka juga masih berdarah jika ditusuk lembing.
Yang penting USAHA !
Antara takdir yang telah ditentukan oleh Allah itu, dia telah menanam kekuatan , semangat pada diri kita. Tidak patut orang yang terus bergelumang dengan maksiat, orang yang keadaannya membuatkan dia terpaksa bermaksiat mengatakan dia telah ditakdirkan dengan itu. Makanya dia telah menganggap buruk tentang Allah. Allah telah menkdirkan upaya untuk seseorang itu keluar dari bencana. Namun Allah juga telah mentakdirkan neraka untuk orang yang bermaksiat padaNya. Tunjukkanlah kekuatan diri kita untuk keluar dan mendapatkan takdir Allah yang baik untuk diri kita.
Mukmin sejati akan menunjukkan segala ketundukkan terhadap hukum-hukum syariat dan keyakinan tentang kebenaran qadha Allah dan itu sebenarnya mendatangkan keselamatan pada diri mereka dari segala bencana dan penyakit. Itu sekiranya mereka tahu bahawa segala yang terjadi adalah merupakan bukti qadha Allah dan hukumNya. Jadi terhdap ini, barulah datangnya sifat REDHA oada diri seorang hamba itu.
Lastly, gembirakanlah hatimu dengan kata Rasullullah S.A.W ini,
"Mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah, jika engkau mendapatkan suatu musibah maka janganlah engkau katakan, Kalaulah aku berbuat demikian maka akan terjadi demikian,Sesungguhnya kata-kata 'kalaulah' itu membuka pintu perbuatan syaitan, akan tetapi katakanlah Allah telah menetapkan kadar sesui dengan perbuatan yang Dia kehendaki."
(Muslim dari Abu Hurairah)
Hmmm.. Dan akhir sekali, tidak bererti seorang manusia tidak memiliki suatu pilihan di hadapan qadha Allah s.w.t, bahkan masalah qadha dan qadar Allah itu tidak ada kaitannya dengan pilihan manusia dan tidak pula dengan ketiadaan pilihannya.
Allah s.w.t tak pernah berbuat zalim pada manusia dengan takdir yang zalim, sebaliknya manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Saturday, July 24, 2010
Syarah Al-Hikam 2
Pasar Baasyaa, Damascus
Diceritakan bahawa pasar ini adalah sebuah pasar yang terkenal yang merupakan pasar tempat pertemuan pertama bagi para pedagang besar di Damsyik.
Hmm... Salam.
Ok aku sambung balik. Pasar ini tak melakukan aktiviti perdagangan melainkan sebelum jam sepuluh (maksudnya pukul 9 atau lebih awal lagi laaa) dan tidak pula terus berjalan melainkan satu jam sebelum azan Maghrib berkumandang.
Di sepanjang waktu siang hari, pasar ini melakukan perdagangan yang pesat dan bila Maghrib jer, pasar jadi gelap, semua kedai-kedai tutup dan berakhir jadi lengang. Keadaan pun berubah. Dari penjual dan pembeli sekali. Berubah sebagai seorang pemburu harta menjadi seorang penagih ilmu dan penyampai ilmu di masjid dan tempat ulama.Di temani buku tafsir, fiqh, akidah yang dapat menjadi sumber penyelesaian perdagangan dan harta. Dan mereka tekun mempelajarinya.
Jikalau waktu Subuh pagi datang, setioap memulakan hari mereka dengan belajar ilmu kembali, menghadiri pelajaran lanjutan yang lain dengan salah satu syeikh yang besar pada zaman itu (zaman Ibnu Ataillah). Kemudian setiap orang kembali ke rumah masing-masing, bercengkerama dengan isteri dan anak-anak mereka serta menyantap hidangan sarapan pagi bersama. Setelah itu bersantai sejenak untuk kemudian kembali ke pasar pada kira-kira pukul 10.
Subhanallah! satu aturan hidup yang aku rasa sangat cantik bagi aku.Inilah yang nak ditunjukkan dalam syarah hikam ini. Bahwasanya kehidupan ini perlu diseimbangkan baik ibadah pada Allah dan tanggungjawab pada yang lain serta kerja yang telah ditakdirkan oleh masing-masing dari kita.
Keinginan untuk Tajrid (melalui beribadat tanpa berusaha di dunia), padahal Allah masih menempatkan engkau dalam golongan yang harus berusaha (Kasb) untuk mendapatkan keperluan. Maka keinginan itu termasuk syahwat hawa nafsu yang samar
KOt ada lagi orang sebegini yang beribadah. Hmm mungkin ada. Tapi ternyata salah!. Setiap dari kita sudah diletakkan Asbab (sebab) masing-masing. Dan keinginan kita untuk keluar dari Asbab itu beerti kita telah menuruti salah satu dari hawa nafsu biarpun ianya nampak cantik seperti meletakkan harapan pada Allah sepenuhNya kerana Dia telah menentukan rezeki-rezeki bagi kita. Kononnya seperti pasrah dan rela dalam terpaksa seperti itulah. Tapi kan Allah Maha Adil, sudah meletakkan Asbab seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya. Beerti untuk kita ada tanggungjawab yang harus kita pikul dengan sebaik mungkin dan tidak patut lari biarpun atas alasan ibadah, atau pengharapan pada Qada dan Qadar Allah s.w.t. Hasil dari usaha payah kita sama ada bagus atau tidak nah itu serah sahaja pada Allah. Biar Allah sahaja yang menilainya. Untung kalau ada manusia yang menilainya dengan cacian, hinaan mahupun pujian, itu buat kita dapat memperbaiki diri kita dalam tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah pada kita. Dan ingat! jika kita mengelak atas alasan apa sekalipun kerana mengikuti keinginan kita, beerti kita telah mengikuti salah satu dari hawa nafsu kita sendiri.
sebaliknya keinginan kamu untuk baerusaha (Kasb), maka keinginan yang demikian bererti menurun dari semangat dan tingkat yang tinggi".
Ada juga yang setelah ada tanggungjawab, ada kerja yang tersendiri terlalu obses dengan kerjanya. Hingga lupa akan ibadah. Lupa pada Allah. Sememangnya Allah sudah memberi asbab yang terbaik untuk dirinya, berupa jawatan atau tanggungjawab sebagai seorang suami atau ibu-bapa, itu semua jika dijalankan dengan baik, dengan teraur, InsyaAllah darjatnya akan tinggi disisi Allah. Semangatnya jadi tak kurang hebat! Namun, bilamana diri itu mula menunjukkan keinginan yang berlebihan terhadap suasana kerja dan karya yang dipertanggungjawabkan, semangatnya dan tingkat tingginya pasti akan menurun. Pekkk, lalu tersungkur. Seperti pedagang di Damsyik tadi, umumnya semuanya berkeadaan seimbang. Tidak melepaskan satupun tanggungjawab pada dirinya baik pada Allah, sebagai seorang pencari rezeki untuk anak-anak dan isteri mereka. Hidup ini memang punyai banyak keinginan. Di kala kita sibuk dengan kerja-kerja kita, kita berkeinginan pada kerehatan dan waktu lapang. Di kala kita punyai kerehatan dan waktu lapang, kita berkeinginan dengan makanan lazat, tempat yang punyai pemandangan indah, tilam dan hawa yang sejuk dan nyaman. Keinginan tak pernah puas. Kerja juga tak siap-siap. Huh Oklah.. Salam.
Errr ini pasar basah kat KELATE