Monday, December 26, 2011

Lupa plak nak post pasal birthday!


Salam. 20 December haritu birhtday aku. Aku baca balik post-post yang dulu aku ada tulis pasal birthday tapi tahun ni lupa nak tulis. Takder apa pun yang nak tulis. Malam tu pas abis usrah, aku termanggu depan laptop. Jawab wish memeber dalam facebook. Tu jer.

Pastu memember ajak makan cake. Haha. Kelas abis kul 5.30 petang. Pastu aku tak tahu nak jemput ramai mana. Ader gak aritu terpikir nak belanja bebudak ni makan kek. Tapi tak sempat ahhh. (nak ajak semua). Pastu malam tu member aku awi ngan luqman ajak gi umah kenduri doa selamat kat rumah staf. Oh oklaa aku ikut. Malam tu samapai jer lepas maghrib, kami baca Yassin, pastu lepas sembahyang Isya, makan malam. So I accept it as my birthday party laaa haha :P.

Then, lepas kelas tu aku ader juga call mak. Cakap today is my birthday. Guess what birthday present yang paling best my parents gave me? Teka ah! She said, "abah kau dah bank-in kan duit dan bayar hutang PTPTN kau sikit. Hahaha". Thanks mak n abah.

So, aku rasa cam tak best kalau takder hadiah, So aku belikan laa sendiri hadiah untuk aku sendiri. After check check kat internet then I got something to buy. I called it my birthday present.


Yeah this is it! Yashica Mg-1 with cobra flash.. pokai laa aku. :(

Tapi tak kisah laa. Barang ni tak sure dah sampai ker belum. Office kolej tutup sebab Krismas. Esok aku gi amik ahh. 

Lepas aku balik dari kenduri, aku balik bilik bukak internet jap, pastu tidur. zzzzzzzzzz

*sekarang momentum study dah jatuh menjunam ah. takder semangat giler. Pasni, kena semangat study balik ahhh.. Ya Allah tolonglah aku untuk beberapa bulan jer lagi ni. Ameeeennn..



Sunday, December 25, 2011

Hari Syiah dan Hujan



Salam. weekend tinggal sehari jer lagi. This week adalah cuti hari Krimas. Hari Jumaat hari tu dari pagi memang aku all out. Pagi ada bedside teaching pastu sambung dengan seminar (tapi cam biasa arr aku akan lalok dalam kelas) pastu gi semayang Jumaat dengan rasa kepala yang berat, balik semayang takut nak tidur sebab pukul 3.30 kena jadi chairperson/moderator untuk seminar presentation. Pas habis seminar (Alhamdulillah, lapang nyawa aku) aku pergi jumpa sedare aku yang datang ke Sarawak ni. Jumpa-jumpa makan-makan sampai arr kul 10. Pastu balik lepak plak kat mamak ngan memember sampai kul 11 malam pastu baru balik. Haha. AT the end, sampai bilik mandi apa sumer..tak dapat tidur. Sebab badan rasa penat sangat, mekanisme nak tidur tu dah hilang. Alih-alih kul 3 pagi gak gua tido...............................




Senanyer aku ada lagi satu assignment buat case write up (cam buat case report laa) yang kena buat cuti ni. So, pagi tu pas bangun, aku run gi hospital. Cari case (baru nak cari, padahal bebudak lain dah siap taip kot). Pas tanya-tanya sakit aper sumer. Aku balik nak gi makan. Perut lapa. Call member ajak makan (ingat nak makan sorang cam biasa, tapi best gak rasenyer kalau ajak member). Pastu tunggu lak member aku mandi aper sumer+ gi jalan-jalan kat mall lagi sampai laa Asar. Pastu petang tu dah start nak gi masjid. Ada buat health screening kat masjid. Haa ni yang nak criter ni.





Gambar aku masuk suratkhabar waktu buat health screening dulu (poyo jer, utusan Sarawak jer pon)




Memang dah jadi aktiviti bebudak usrah medic ni kena buat health screening. Selain untuk mempraktikkan apa yang dah belajar dan mendapat pengalaman baru, ini juga adalah nak kasi kita ni bercampur dengan masyarakat dan menggauli mereka. Bukan nak apa-apa bayaran pun.
Kami sampai masjid tu petang dalam pukul 5.30. Waktu tu takder siapa-siapa lagi kat masjid. Pastu setup tempat arr. Dah nak dekat maghrib baru laa ada jemaah yang daftar. Tapi waktu sembahyang tu kami stop kejap laa.

Health screening ni dibuat sempena ceramah 'bahaya Syiah'. Ceramah pun habis dalam pukul 9.30 malam macamtu dan kami pun balik arr pastu.


Nak cerita yang sebenarnya ramai juga yang tak buat routine check up kat klinik. Pada pendapat aku kalau umur kita dah sampai 40 tahun, kita dah kena buat check-up at least setahun sekali ker. Semalam waktu buat check up aku terkejut abang ni tiba-tiba check ader darah tinggi ngan blood glucose dia high juga. sampai 19mmol/l! (normal= <11mmol/l kalau tak puasa). Tapi abang tu memang still nampak maintain jer takder apa-apa pun. Pastu aku cakap kat abang tu, abang baik buat proper check kat klinik. Muka dia macam risau. Rupanya baru aku tahu ada certain orang takut nak buat check sebab dia takut nanti dia dapat tahu yang dia ada penyakit, so kena makan ubat laa apa laa.

Ada gak jemaah ni yang cakap kita tak yah arr nak buat check apa semua, sebab hidup mati kan ditentukan Allah s.w.t. Ada orang makan ubat bleh gak mati dulu dari yang tak makan ubat. Haha. gua senyap. (malas nak jawab jer). Betul tu pakcik tapi kan dalam hadis cakap ,


Dari Abu Hurairah, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“Al mu’minul qawiyyu khairun wa ahabbun ilallaHi minal mu’minidh dha’ifi wa fii kullin khairun”
yang artinya,


“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya memiliki kebaikkan” (Shahih Muslim, kitab al Qadar, bab al Iimaan bin Qadar wa idzan lahu no. 2664. Dikeluarkan juga pada Sunan Ibni Majah, al Muqaddimah, bab fil Iimaan no. 79)

Haa. Kadang-kadang rasa cam terkena kat diri aku gak senanyer. Dah lama aku stop jogging ni. Bukan ape, cuaca asyik hujan jer, pastu kalau cuaca elok ada kelas plak sampai pukul 6 camtu. Haih.
Balik tu, kitorang gi makan. Lepas makan nak bayar, tetiba makcik cashier cakap dah ada orang bayar. Rupanya ada sorang member aku ni dah bayarkan (dia belanja malam tu, aduhh tahu minta makanan mahal2 tadi hahaha). Tapi aku tak tanya plak dia sebab apa belanja. Janji kitorang happy dah ar. hahaha.
Pastu aku balik, aku pun tidur dalam imannn...zzzzzzzzzzzzzzzzz. K arr. bai.



























Saturday, December 17, 2011

Beza 2 AMR

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam

Baru-baru ni dalam usrah kami baru bincang pasal 2 orang AMR.

(Perkara ni dipetik dalam buku hasil Salim A.Fillah 'saksikan bahawa aku seorang Muslim'.)

Dikatakan memang tradisi orang Arab mempunyai 3 nama. 1. nama sebenar 2. Nama panggilan dan 3. Nama gelaran. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab. (nama sebenar), dipanggil sebagai Abu Hafsh sebab nama puterinya Hafshah binti Umar dan diberi gelaran Al-Faruq.

Kalau kat Malaysia ni pun ader laa kot. Contohnya Mohd Hanis bin Mohd Nor (nama sebenar) , dipanggil Hanis (nama panggilan), dan diberi gelaran,.. err Si Hensem! (hensem ker?) hahaha. takder gurau.

Pada satu saat selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, nabi berdoa pada Allah, "Ya Allah, perkuatkanlah Islam denan salah satu dari dua 'Amr yang lebih Kau cintai : Umar ibn Al Khattab atau Amr' ibn Hisyam. Dalam bahasa Arab kata Umar dan Amr tu sama sebab dua-dua pakai huruf Ain, Mim, dan Raa. Maka, selang beberapa hari doa Rasulullah termakbul dan Umar Al Khattab dipilih oleh Allah. Jadi aku takperlu cerita kot siapa Umar ni, tapi yang aku nak cerita pasal Amr ibn Hisyam yang ramai orang tak tahu, dan sebab apa Allah TAK PILIH dia ni?

Orang mesti ramai tak kenal Amr ibn Hisyam. Sebab di kalangan orang Quraisy memanggilnya dengan nama Al Hakam/ hakim. Hakim tu bermaksud bijaksana. Infact, orang akan panggil dia dengan nama Haaa kim ( haa tu panjang bermaksud the very very very) . So, nak dikatakann Amr ibn Hisyam ni dahlaa pandai baca, pandai tulis, fasih bersastera, kaya, hensem, elegan, maskulin, dan macam-macam lagi arrr. Which is tak ramai orang Arab Quraisy yang berperwatakan macam dia, sebab tu dia digelar dengan nama yang sebegitu rupa.

So, sekarang korang dah kenal laa  siapa Amr ibn Hisyam ni.. Apa? tak kenal lagi?

Kalau aku cakap nama Abu Jahal, mesti pernah dengar kan nama tu? Kan ? Kan?

(sajer letak gambar ni, baru dapat feel cam Arab sket)

Ha. Ok. Orang-orang beriman pada zaman Rasulullah telah menggelar Amr ibn Hisyam ni sebagai Abu Jahal pada zaman tu. Jahal ni bermaksud Bodoh. Tapi kalau ditambah perkataan Abu tu. Maksud dia macam kiter cakap, "Bapak ah! Bodoh Giler kot!".. Ha camtu arr.

Tapi sebab apa orang beriman gelarkan dia Abu Jahal? Apakah sebab dia ada anak yang bodoh sampai dia letakkan nama dia Abu Jahal?. Hmmm... Tak mungkin. Bapak mana yang sanggup memanggil Bodoh pada anak sendiri tul tak? Kalaupun gelaran ni untuk si Amr sendiri ternyata suata kontradik sebab orang Quraisy gelar dia Hakim tapi orang beriman waktu tu gelarkan dia Abu Jahal. Nape eh?

Ini disebabkan definisi Jahal yang dipakai orang beriman waktu tu sendiri adalah tak berkaitan dengan tahap intelligent atau tahap sejauh mana ko buleh baca buku. Sebab waktu tu Rasulullah S.A.W sendiri pun buta huruf.  Namun, Jahil/ atau fenomena Jahilliyah pada waktu itu diertikan sebagai orang yang tak dapat menemukan jati dirinya dan tak dapat menghubungkan dengan suatu keyakinan. Orang yang rabun dan tak dapat memahami hakikat kehidupan,kemanusiaan dan ibadah. Meskipun orang itu digelar dengan nama-nama pandai atau terhormat bak Prof. Dato' Tan atau Sri atau Tun. Ataupun member tu dah menghafal dan khatam beribu jenis kitab.

Jahilliyah mungkin terjadi disebabkan kita ni tak tahu, atau pun sering berprasangka. Ataupun sebab kita ni terlalu rigid dan mengagungkan logik dari mendalami ilmu sains itu sendiri. Ataupun salah faham kebodohan yang diwarisi turun temurun. Tapi tak mustahil kejahilan tu terbit dari hati yang berpengetahuan tapi sombong dan angkuh. Atau dari seorang penakut yang takut hilang harta jawatan dan objek yang disayanginya (seperti awek, ferrari, bungalow kat Sri Hartamas dll). :P

Dan kalau kita lalui seerah Jahiliyah melalui kisah nabi yang terdahulu, Jahilliyah ini bertopeng dengan pelbagai rupa. Seperti Jahilliyah kaum Nabi Syuaib dengan kecurang ekonominya, Jahilliyah Kaum Nabi Luth dengan kesongsangan orientasi seksnya, Jahilliyah Kaum Nabi Hud dengan suka bermegah-megahnya sehingga terjadinya kezaliman, Jahilliyah Firaun dengan penyalahgunan autoriti kekuasaannya sehingga mahu dianggap sebagai Tuhan.

Jahilliyah ni kadang mempesonakan. Boleh membuat manusia jadi rasa kagum atau terpesona gitu. Atau pun tampak biasa-biasa. Yang boleh membuatkan manusia berasa "Alaaa, ok what.. takde hall laa tu", atau boleh jadi tampil dalam bentuk yang menjijikkan tapi halnya tetap sama: JAHILLIYAH. Suatu ancaman buruk yang mencabut identiti diri sebagai seorang manusia dan menghenyakkan diri kita kedalam gaung kehinaan yang terlalu hina sehingga lebih hina dari binatang. Jahiliyah juga sangat berhubung rapat dengan kesyirikan. Wujudnya Jahiliyyah menyebabkan kita langsung mensyirikkan Allah. Allah s.w.t , Tuhan yang patut kita taati, Tuhan Pemberi Rezeki, Pencipta, Pemelihara, Pengatur Alam Semesta akan diganntikan dan disekutukan dengan pelbagai pendapat dan teori hasil dari penyakit Jahilliyah ni. Begitulah adanya.

Berbalik balik pada cerita Amr ibn Hisyam atau Abu Jahal tadi. Kalaulah Umar dipanggil Abu Hafsah dan digelar Al-Faruq (iaitu pemisah kebenaran dan kebatilan). Bistu, aper gelaran Abu Jahal? Gelaran Abu Jahal ialah Aduwullah iaitu musuh Allah!
Naper sampai camtu sekali eh? Sebab suatu ketika Abu Jahal ni bongkak habis samapai dia mengaku sebagai aziizul kariim yang bermaksud orang perkasa lagi mulia. Haa nak mulia sangat kan? akhirnya waktu perang apa ntah, (sorry aku luper), Abu Jahal ni dah dibunuh oleh 2 orang budak dan Abdullah ibn Masud. (Abdullah ibn Masud ni adalah seorang gembala ternakan dia dulu.)...'mulia' kan? 


Jadi, pada zaman yang berteknologi canggih dan serba modern ni, korang jangan terkejut atau buat-buat pelik kalau Jahilliyah ni tak diaplikasikan oleh orang yang tak pernah bersekolah tapi telah diaplikasikan oleh orang yang cerdik pandai macam ni...


Bukan nak buka aib saper-saper ( padahal dia yang buka aib sendiri). Si brader ni dah menyusahkan mak bapak dia sampai mak bapak dia kena pergi cari dia kat oversea sampai 2-3 kali (tapi tak jumpa), pastu bapak dia kena tanggung hutang sampa RM850k sebagai penjamin pertama tapi dia hilang kat oversea dengan berita yang sampai macam ni. Pastu dia bleh lagi senyum cam &(*&#(!$&! ko tau. Aperpun gua berharap dan doakan laa Allah bagi hidayah kat lu dan lu cepat2 tobat. Nak buat aper bro jadi camni? Bukan hensem sangat pun mat salleh tu. Kalau ko tak teransang tengok perempuan pun bro, ko habiskan blajar medic tuh pastu balik laa Malaysia ni jadi pakar sakit puan sampai mampus takyah kahwin pun takper bro. Tapi naperlaa ko bersikap hampeh camni? Peliknyaa .. Astaghfirullahalazim. 
Nauzubillahhi minzaalik. 

Aku turut bersimpati dengan mak bapak dia. Paperpun mak bapak dia dah berjaya mendidik anak dia sampai jadi top student dan itu pun suatu perkara yang membanggakan sebenarnya.

Aper-aper jer arrr. At least kita ni perlulah beringat dan sentiasa mengambil pengajaran. K arr Salam.





Thursday, December 15, 2011

Bako Trip wih member.

Salam....

Member: "ko nak gi ikut kitorang tak gi Bako?"
Aku: Tak sure lagi ah, tengok ah

Setelah beberapa hari dalam dilema, akhirnya ak pun buat keputusan ikut diorang gi Bako. Sebenanrnya aku aritu dah cam nekad tak nak pergi dah Taman Negara ni. Sebab waktu first time aku pergi dulu aku kena trekking sejauh 16 km dan pergi pagi sampai kat sana malam!.. Aku takut bebudak ni buat kerja gila jer ikut trek tu lagi. Tapi aku akan make sure diorang tak gi . haha


Cam biaser, sebab ni 2nd trip, so dia jadi tak berapa nak excited laaa. Ombak ker aper ker, sumer aku dah rasa dulu.




Taman negara memang cantik. Taman Negara Bako ni terkenal sebab ada batu kapur yang bentuk cam penyu dan cam cendawan tu. Ada orang cakap batu cam bentuk kepala penyu tu dulu penyu raksaksa ken sumpah. Allahualam





Kitorang sampai je pagi tu terus trekking nak mandi kat beach.



Aku baru beli ukulele baru. So sebab tak nak boring aku pun bawa laa pergi trekking. At least dapat laa menghiburkan memember aku kalau diorang dilanda kebosanan nanti. Tapi aku lupa aku tak tahu main banyak lagu lagi hahaha.


 Pas trekking selama 2 jam gak ah, akhirnya smapai jugak. Pantai dia memang of course cantik giler ah. Pas best best lepak kat batu besar, kami pun turun arr bawah mandi pantai. Sebab perut lapo, kami makan nasi bungkus dulu sebelum mandi.


Pas mandi kami balik, siapkan barang masak BBQ, sumer, pastu borak-borak. Malam tu agak boring laa tak tahu nak buat apa selain makan. Pas makan aku pun tidor, bangun pagi tu, siap packing nak bali dah. Pastu balik singgah makan durian jap. Lunch kat rumah kenduri kahwin. Ader member aku abang dia kahwin. Petang tu aku balik tidur. Makan tidur, makan itdur, mana tak buncit perut! Haii. biler ahh ader masa dan kesungguhan nak jogging balik ni?



Ni gambar kolej Perubtana UNIMAS



Ingat nak buat cam scene omabak rindu . Aku cakap kat Naim (member) suh dier tangkap time ombak pukul batu. Alhamdullillah jadi.  Cuma Kepala aku terpotong separuh! haha takper ar..


Gambar yang best aku ader. Haha, aritu aku cuci gambar aku print gambar ni sekeping.




Ok arr. salam.

My Bro's big Day..


Minggu abang aku kawin daa.. family aku sume gathe rkat rumah n aku pun memang baru habis exam. So apa lagi. balik rumah laaa.. fuh penat gak ahh. Tapi best!


So hari Jumaat petang pas Asar tu kami pun kena pergi lavender heights, abang aku akad nikah. Family, dan beberapa orang jiran dan pakcik makcik aku yang supportive hantarkan abang aku menikah. Tak kurang juga memember abang aku. Memang happening laa kot, akad nikah, After akad nikah selesai dalam kul 6 petang camtu kitorang pun balik rumah. Malam tu, apa lagi, kitorang berusaha melipat kotak door gift yang banyak. Aku ngan kakteh, kak lang, ngan akak ipar aku (ayong ngan kak deq). Penat tu! dah aku rasa malas nak buat aku gi tengok tv.


Pastu esok tu kami kena gerak Nilai. Bersanding belah pengantin perempuan. Actually pengantinnya ada dua pasang. Abang aku ngan kak aina, ngan abang kak Aina sekali ngan spouse dier. Sorry takder gambar waktu event, gelap dalam tuu.. So, makan pastu balik arr, kena balik awal sebab banyak gi benda nak settle kat rumah. Tapi aku sampai jer kat rumah petang tu terbungkang kat bilik!. Haha. Syok woo tidur bilik baru. Actually bilik baru ni dulu office abah. Pastu sebab bilik bujang abang ngan aku dulu dah jadi bilik abang aku yang mutlak, so, katil aku dulu tu pindah kat office abah. Abah skang dah takder office. Ye arr dulu buat office tu pun sebab kami ingat kalau orang nak jumpa abah jumpa kat office jer. Tapi office tu pun tak guna sebab orang jarang nak masuk, orang suka cakap kat luar rumah jer. Meja kerusi kitorng bawa keluar, pastu rak-rak buku still ader dalam bilik tu. Memang agak sempit tapi sejuk. Memang best nak tidur. Haha.


Malam tu lepas makan, angah ajak aku gi dewan sebab nak cat dewan sikit. Kebetulan Acu ngan Pak cek Dahalan pun datang sekali, dengan Abang Mahmud (sepupu) ngan Bang mat (laki Kak Lang) pun ader. So, kitorang gi arr dewan. Pastu cat arr dewan tuu.. Sekali tetiber black out.Satu kampung Pasoh black out! Tapi kitorang redah jer. (err bukan kitorang laa diorang, sebab berus cat tak cukup, aku tolong pegang lampu jer untuk diorang). Dalam sejam camtu habis laa cat satu dewan. Sebenarnya bukan cat full, just cat bawah tu jer sebab nampak capuk sebab ada kesan bola bebudak ni copkan kat dinding dewan.

Pastu malam tu aku balik, lampu still takder. Kitorang pun berkumpul keliling lilin sambil berborak ngan akak along angah mak abah sumer. Sambil makan anggur, ngan barang2 hantaran dapat semalam. Haha. Kira macam post mortem gak ahh.. Pastu aku pun tido. Malam tu aku dengar abang aku gi dewan balik, tapi aku tidor laa. 



Ni gambar kat lavender height.


Hari yang dinantikan..dinantikan ker? haha


So, hari kenduri kahwin abang aku pun tiba. Tapi tak buat kat rumah, buat kat dewan kat Pasoh 2. Aku mula-mula tengok dewan tu buruk dan capuk cam kampung jer.( ayat aku macam lupa daratan jer, tapi ni kutukan ikhlas ni). Tapi lepas diorang bersihkan dan dicat dan diletakkan karpet hasil sumbangan rumah aku jugak, so dewan tu dah nampak macam putrajaya convention hall. Haha. 

Aku pun tak tahu, tapi majlis tu macam jadi majlis rasmi, Ada pengerusi majlis, pastu abah bagi speech laa. Pastu aku jadi baca doa. Haha.

Lepas tepung tawar sumer, aku tak tahu apa jadi kat dalam dewan. Aku tolong abah ngan mak menyambut tetamu kat khemah depan. Sampai arr petang orang takder lagi datang, pastu aku ingat nak balik jap. Angah cakap kena hantar barang-barang yang pinjam ni dulu. So kena arr hantar kipas masjid, kipas cik Lan, Hantar lauk lebih kat orang Indon, hantar lauk lebih kat jiran-jiran. Haa 6.30 baru habis settle sumer. Penat giler bhai.

Hujan turun petang tu. Aku balik mandi pastu terus tengok bola Malaysia lawan Syria. Haha. Ramai memeber abang ader malam tu. Diorang tunggu abang bukak hadiah.
So pastu malam aku pun tidor.
Pagi tu benda yang tak habis kemas macam, Priuk dan lain-lain tu kami kemaskan. Pastu aku pun siap-siap sebab nak balik dah malam tu. Malam tu balik along hantar kat airport. Aku cakap kat mak, "Ini last adik balik, lepas ni adik balik kena panggil adik Doktor.!. Haha. I really hope so, harap aku akan lebih fokus pas cuti ni untuk menghadapi final year".

So kat bawah ni ader larr beberapa gambar yang aku tangkap time tu. Ok. Salam.









Every weekend I take picture.


See the pigeons!



The Hall of State Ambassador


A joyful evening.


Stunned!


Bicycle convoy.

Actually every weekend got events in Kuching. Kuching is full of weekend program especially at waterfront. Waterfront is the place where people can hangout along the Sarawak river at the center of Kuching. Nice place to hangout especially at evening.

This pics was taken during Sarawak Regatta and also the birthday ofTYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin . I dont know what the pose that he holds in Sarawak but he is a little bit higher than chief minister of Sarawak. Taib Mahmud.