Sunday, December 25, 2011
Hari Syiah dan Hujan
Salam. weekend tinggal sehari jer lagi. This week adalah cuti hari Krimas. Hari Jumaat hari tu dari pagi memang aku all out. Pagi ada bedside teaching pastu sambung dengan seminar (tapi cam biasa arr aku akan lalok dalam kelas) pastu gi semayang Jumaat dengan rasa kepala yang berat, balik semayang takut nak tidur sebab pukul 3.30 kena jadi chairperson/moderator untuk seminar presentation. Pas habis seminar (Alhamdulillah, lapang nyawa aku) aku pergi jumpa sedare aku yang datang ke Sarawak ni. Jumpa-jumpa makan-makan sampai arr kul 10. Pastu balik lepak plak kat mamak ngan memember sampai kul 11 malam pastu baru balik. Haha. AT the end, sampai bilik mandi apa sumer..tak dapat tidur. Sebab badan rasa penat sangat, mekanisme nak tidur tu dah hilang. Alih-alih kul 3 pagi gak gua tido...............................
Senanyer aku ada lagi satu assignment buat case write up (cam buat case report laa) yang kena buat cuti ni. So, pagi tu pas bangun, aku run gi hospital. Cari case (baru nak cari, padahal bebudak lain dah siap taip kot). Pas tanya-tanya sakit aper sumer. Aku balik nak gi makan. Perut lapa. Call member ajak makan (ingat nak makan sorang cam biasa, tapi best gak rasenyer kalau ajak member). Pastu tunggu lak member aku mandi aper sumer+ gi jalan-jalan kat mall lagi sampai laa Asar. Pastu petang tu dah start nak gi masjid. Ada buat health screening kat masjid. Haa ni yang nak criter ni.
Gambar aku masuk suratkhabar waktu buat health screening dulu (poyo jer, utusan Sarawak jer pon)
Memang dah jadi aktiviti bebudak usrah medic ni kena buat health screening. Selain untuk mempraktikkan apa yang dah belajar dan mendapat pengalaman baru, ini juga adalah nak kasi kita ni bercampur dengan masyarakat dan menggauli mereka. Bukan nak apa-apa bayaran pun.
Kami sampai masjid tu petang dalam pukul 5.30. Waktu tu takder siapa-siapa lagi kat masjid. Pastu setup tempat arr. Dah nak dekat maghrib baru laa ada jemaah yang daftar. Tapi waktu sembahyang tu kami stop kejap laa.
Health screening ni dibuat sempena ceramah 'bahaya Syiah'. Ceramah pun habis dalam pukul 9.30 malam macamtu dan kami pun balik arr pastu.
Nak cerita yang sebenarnya ramai juga yang tak buat routine check up kat klinik. Pada pendapat aku kalau umur kita dah sampai 40 tahun, kita dah kena buat check-up at least setahun sekali ker. Semalam waktu buat check up aku terkejut abang ni tiba-tiba check ader darah tinggi ngan blood glucose dia high juga. sampai 19mmol/l! (normal= <11mmol/l kalau tak puasa). Tapi abang tu memang still nampak maintain jer takder apa-apa pun. Pastu aku cakap kat abang tu, abang baik buat proper check kat klinik. Muka dia macam risau. Rupanya baru aku tahu ada certain orang takut nak buat check sebab dia takut nanti dia dapat tahu yang dia ada penyakit, so kena makan ubat laa apa laa.
Ada gak jemaah ni yang cakap kita tak yah arr nak buat check apa semua, sebab hidup mati kan ditentukan Allah s.w.t. Ada orang makan ubat bleh gak mati dulu dari yang tak makan ubat. Haha. gua senyap. (malas nak jawab jer). Betul tu pakcik tapi kan dalam hadis cakap ,
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“Al mu’minul qawiyyu khairun wa ahabbun ilallaHi minal mu’minidh dha’ifi wa fii kullin khairun”
yang artinya,
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya memiliki kebaikkan” (Shahih Muslim, kitab al Qadar, bab al Iimaan bin Qadar wa idzan lahu no. 2664. Dikeluarkan juga pada Sunan Ibni Majah, al Muqaddimah, bab fil Iimaan no. 79)
Haa. Kadang-kadang rasa cam terkena kat diri aku gak senanyer. Dah lama aku stop jogging ni. Bukan ape, cuaca asyik hujan jer, pastu kalau cuaca elok ada kelas plak sampai pukul 6 camtu. Haih.
Balik tu, kitorang gi makan. Lepas makan nak bayar, tetiba makcik cashier cakap dah ada orang bayar. Rupanya ada sorang member aku ni dah bayarkan (dia belanja malam tu, aduhh tahu minta makanan mahal2 tadi hahaha). Tapi aku tak tanya plak dia sebab apa belanja. Janji kitorang happy dah ar. hahaha.
Pastu aku balik, aku pun tidur dalam imannn...zzzzzzzzzzzzzzzzz. K arr. bai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment