Minggu abang aku kawin daa.. family aku sume gathe rkat rumah n aku pun memang baru habis exam. So apa lagi. balik rumah laaa.. fuh penat gak ahh. Tapi best!
So hari Jumaat petang pas Asar tu kami pun kena pergi lavender heights, abang aku akad nikah. Family, dan beberapa orang jiran dan pakcik makcik aku yang supportive hantarkan abang aku menikah. Tak kurang juga memember abang aku. Memang happening laa kot, akad nikah, After akad nikah selesai dalam kul 6 petang camtu kitorang pun balik rumah. Malam tu, apa lagi, kitorang berusaha melipat kotak door gift yang banyak. Aku ngan kakteh, kak lang, ngan akak ipar aku (ayong ngan kak deq). Penat tu! dah aku rasa malas nak buat aku gi tengok tv.
Pastu esok tu kami kena gerak Nilai. Bersanding belah pengantin perempuan. Actually pengantinnya ada dua pasang. Abang aku ngan kak aina, ngan abang kak Aina sekali ngan spouse dier. Sorry takder gambar waktu event, gelap dalam tuu.. So, makan pastu balik arr, kena balik awal sebab banyak gi benda nak settle kat rumah. Tapi aku sampai jer kat rumah petang tu terbungkang kat bilik!. Haha. Syok woo tidur bilik baru. Actually bilik baru ni dulu office abah. Pastu sebab bilik bujang abang ngan aku dulu dah jadi bilik abang aku yang mutlak, so, katil aku dulu tu pindah kat office abah. Abah skang dah takder office. Ye arr dulu buat office tu pun sebab kami ingat kalau orang nak jumpa abah jumpa kat office jer. Tapi office tu pun tak guna sebab orang jarang nak masuk, orang suka cakap kat luar rumah jer. Meja kerusi kitorng bawa keluar, pastu rak-rak buku still ader dalam bilik tu. Memang agak sempit tapi sejuk. Memang best nak tidur. Haha.
Malam tu lepas makan, angah ajak aku gi dewan sebab nak cat dewan sikit. Kebetulan Acu ngan Pak cek Dahalan pun datang sekali, dengan Abang Mahmud (sepupu) ngan Bang mat (laki Kak Lang) pun ader. So, kitorang gi arr dewan. Pastu cat arr dewan tuu.. Sekali tetiber black out.Satu kampung Pasoh black out! Tapi kitorang redah jer. (err bukan kitorang laa diorang, sebab berus cat tak cukup, aku tolong pegang lampu jer untuk diorang). Dalam sejam camtu habis laa cat satu dewan. Sebenarnya bukan cat full, just cat bawah tu jer sebab nampak capuk sebab ada kesan bola bebudak ni copkan kat dinding dewan.
Pastu malam tu aku balik, lampu still takder. Kitorang pun berkumpul keliling lilin sambil berborak ngan akak along angah mak abah sumer. Sambil makan anggur, ngan barang2 hantaran dapat semalam. Haha. Kira macam post mortem gak ahh.. Pastu aku pun tido. Malam tu aku dengar abang aku gi dewan balik, tapi aku tidor laa.
Ni gambar kat lavender height.
Hari yang dinantikan..dinantikan ker? haha
So, hari kenduri kahwin abang aku pun tiba. Tapi tak buat kat rumah, buat kat dewan kat Pasoh 2. Aku mula-mula tengok dewan tu buruk dan capuk cam kampung jer.( ayat aku macam lupa daratan jer, tapi ni kutukan ikhlas ni). Tapi lepas diorang bersihkan dan dicat dan diletakkan karpet hasil sumbangan rumah aku jugak, so dewan tu dah nampak macam putrajaya convention hall. Haha.
Aku pun tak tahu, tapi majlis tu macam jadi majlis rasmi, Ada pengerusi majlis, pastu abah bagi speech laa. Pastu aku jadi baca doa. Haha.
Lepas tepung tawar sumer, aku tak tahu apa jadi kat dalam dewan. Aku tolong abah ngan mak menyambut tetamu kat khemah depan. Sampai arr petang orang takder lagi datang, pastu aku ingat nak balik jap. Angah cakap kena hantar barang-barang yang pinjam ni dulu. So kena arr hantar kipas masjid, kipas cik Lan, Hantar lauk lebih kat orang Indon, hantar lauk lebih kat jiran-jiran. Haa 6.30 baru habis settle sumer. Penat giler bhai.
Hujan turun petang tu. Aku balik mandi pastu terus tengok bola Malaysia lawan Syria. Haha. Ramai memeber abang ader malam tu. Diorang tunggu abang bukak hadiah.
So pastu malam aku pun tidor.
Pagi tu benda yang tak habis kemas macam, Priuk dan lain-lain tu kami kemaskan. Pastu aku pun siap-siap sebab nak balik dah malam tu. Malam tu balik along hantar kat airport. Aku cakap kat mak, "Ini last adik balik, lepas ni adik balik kena panggil adik Doktor.!. Haha. I really hope so, harap aku akan lebih fokus pas cuti ni untuk menghadapi final year".
So kat bawah ni ader larr beberapa gambar yang aku tangkap time tu. Ok. Salam.
thanks adik. Dapat jugak tau story behind the scene :) hehe. terima kasih atas segalanya. InsyaAllah nanti kita berkunjung ke Kuching plak (bila ko grad nanti). InsyaAllah.
ReplyDelete