Baru-baru ni dalam usrah kami baru bincang pasal 2 orang AMR.
(Perkara ni dipetik dalam buku hasil Salim A.Fillah 'saksikan bahawa aku seorang Muslim'.)
Dikatakan memang tradisi orang Arab mempunyai 3 nama. 1. nama sebenar 2. Nama panggilan dan 3. Nama gelaran. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab. (nama sebenar), dipanggil sebagai Abu Hafsh sebab nama puterinya Hafshah binti Umar dan diberi gelaran Al-Faruq.
Kalau kat Malaysia ni pun ader laa kot. Contohnya Mohd Hanis bin Mohd Nor (nama sebenar) , dipanggil Hanis (nama panggilan), dan diberi gelaran,.. err Si Hensem! (hensem ker?) hahaha. takder gurau.
Pada satu saat selepas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, nabi berdoa pada Allah, "Ya Allah, perkuatkanlah Islam denan salah satu dari dua 'Amr yang lebih Kau cintai : Umar ibn Al Khattab atau Amr' ibn Hisyam. Dalam bahasa Arab kata Umar dan Amr tu sama sebab dua-dua pakai huruf Ain, Mim, dan Raa. Maka, selang beberapa hari doa Rasulullah termakbul dan Umar Al Khattab dipilih oleh Allah. Jadi aku takperlu cerita kot siapa Umar ni, tapi yang aku nak cerita pasal Amr ibn Hisyam yang ramai orang tak tahu, dan sebab apa Allah TAK PILIH dia ni?
Orang mesti ramai tak kenal Amr ibn Hisyam. Sebab di kalangan orang Quraisy memanggilnya dengan nama Al Hakam/ hakim. Hakim tu bermaksud bijaksana. Infact, orang akan panggil dia dengan nama Haaa kim ( haa tu panjang bermaksud the very very very) . So, nak dikatakann Amr ibn Hisyam ni dahlaa pandai baca, pandai tulis, fasih bersastera, kaya, hensem, elegan, maskulin, dan macam-macam lagi arrr. Which is tak ramai orang Arab Quraisy yang berperwatakan macam dia, sebab tu dia digelar dengan nama yang sebegitu rupa.
So, sekarang korang dah kenal laa siapa Amr ibn Hisyam ni.. Apa? tak kenal lagi?
Kalau aku cakap nama Abu Jahal, mesti pernah dengar kan nama tu? Kan ? Kan?
(sajer letak gambar ni, baru dapat feel cam Arab sket)
Ha. Ok. Orang-orang beriman pada zaman Rasulullah telah menggelar Amr ibn Hisyam ni sebagai Abu Jahal pada zaman tu. Jahal ni bermaksud Bodoh. Tapi kalau ditambah perkataan Abu tu. Maksud dia macam kiter cakap, "Bapak ah! Bodoh Giler kot!".. Ha camtu arr.
Tapi sebab apa orang beriman gelarkan dia Abu Jahal? Apakah sebab dia ada anak yang bodoh sampai dia letakkan nama dia Abu Jahal?. Hmmm... Tak mungkin. Bapak mana yang sanggup memanggil Bodoh pada anak sendiri tul tak? Kalaupun gelaran ni untuk si Amr sendiri ternyata suata kontradik sebab orang Quraisy gelar dia Hakim tapi orang beriman waktu tu gelarkan dia Abu Jahal. Nape eh?
Ini disebabkan definisi Jahal yang dipakai orang beriman waktu tu sendiri adalah tak berkaitan dengan tahap intelligent atau tahap sejauh mana ko buleh baca buku. Sebab waktu tu Rasulullah S.A.W sendiri pun buta huruf. Namun, Jahil/ atau fenomena Jahilliyah pada waktu itu diertikan sebagai orang yang tak dapat menemukan jati dirinya dan tak dapat menghubungkan dengan suatu keyakinan. Orang yang rabun dan tak dapat memahami hakikat kehidupan,kemanusiaan dan ibadah. Meskipun orang itu digelar dengan nama-nama pandai atau terhormat bak Prof. Dato' Tan atau Sri atau Tun. Ataupun member tu dah menghafal dan khatam beribu jenis kitab.
Jahilliyah mungkin terjadi disebabkan kita ni tak tahu, atau pun sering berprasangka. Ataupun sebab kita ni terlalu rigid dan mengagungkan logik dari mendalami ilmu sains itu sendiri. Ataupun salah faham kebodohan yang diwarisi turun temurun. Tapi tak mustahil kejahilan tu terbit dari hati yang berpengetahuan tapi sombong dan angkuh. Atau dari seorang penakut yang takut hilang harta jawatan dan objek yang disayanginya (seperti awek, ferrari, bungalow kat Sri Hartamas dll). :P
Dan kalau kita lalui seerah Jahiliyah melalui kisah nabi yang terdahulu, Jahilliyah ini bertopeng dengan pelbagai rupa. Seperti Jahilliyah kaum Nabi Syuaib dengan kecurang ekonominya, Jahilliyah Kaum Nabi Luth dengan kesongsangan orientasi seksnya, Jahilliyah Kaum Nabi Hud dengan suka bermegah-megahnya sehingga terjadinya kezaliman, Jahilliyah Firaun dengan penyalahgunan autoriti kekuasaannya sehingga mahu dianggap sebagai Tuhan.
Jahilliyah ni kadang mempesonakan. Boleh membuat manusia jadi rasa kagum atau terpesona gitu. Atau pun tampak biasa-biasa. Yang boleh membuatkan manusia berasa "Alaaa, ok what.. takde hall laa tu", atau boleh jadi tampil dalam bentuk yang menjijikkan tapi halnya tetap sama: JAHILLIYAH. Suatu ancaman buruk yang mencabut identiti diri sebagai seorang manusia dan menghenyakkan diri kita kedalam gaung kehinaan yang terlalu hina sehingga lebih hina dari binatang. Jahiliyah juga sangat berhubung rapat dengan kesyirikan. Wujudnya Jahiliyyah menyebabkan kita langsung mensyirikkan Allah. Allah s.w.t , Tuhan yang patut kita taati, Tuhan Pemberi Rezeki, Pencipta, Pemelihara, Pengatur Alam Semesta akan diganntikan dan disekutukan dengan pelbagai pendapat dan teori hasil dari penyakit Jahilliyah ni. Begitulah adanya.
Berbalik balik pada cerita Amr ibn Hisyam atau Abu Jahal tadi. Kalaulah Umar dipanggil Abu Hafsah dan digelar Al-Faruq (iaitu pemisah kebenaran dan kebatilan). Bistu, aper gelaran Abu Jahal? Gelaran Abu Jahal ialah Aduwullah iaitu musuh Allah!
Naper sampai camtu sekali eh? Sebab suatu ketika Abu Jahal ni bongkak habis samapai dia mengaku sebagai aziizul kariim yang bermaksud orang perkasa lagi mulia. Haa nak mulia sangat kan? akhirnya waktu perang apa ntah, (sorry aku luper), Abu Jahal ni dah dibunuh oleh 2 orang budak dan Abdullah ibn Masud. (Abdullah ibn Masud ni adalah seorang gembala ternakan dia dulu.)...'mulia' kan?
Jadi, pada zaman yang berteknologi canggih dan serba modern ni, korang jangan terkejut atau buat-buat pelik kalau Jahilliyah ni tak diaplikasikan oleh orang yang tak pernah bersekolah tapi telah diaplikasikan oleh orang yang cerdik pandai macam ni...
Bukan nak buka aib saper-saper ( padahal dia yang buka aib sendiri). Si brader ni dah menyusahkan mak bapak dia sampai mak bapak dia kena pergi cari dia kat oversea sampai 2-3 kali (tapi tak jumpa), pastu bapak dia kena tanggung hutang sampa RM850k sebagai penjamin pertama tapi dia hilang kat oversea dengan berita yang sampai macam ni. Pastu dia bleh lagi senyum cam &(*&#(!$&! ko tau. Aperpun gua berharap dan doakan laa Allah bagi hidayah kat lu dan lu cepat2 tobat. Nak buat aper bro jadi camni? Bukan hensem sangat pun mat salleh tu. Kalau ko tak teransang tengok perempuan pun bro, ko habiskan blajar medic tuh pastu balik laa Malaysia ni jadi pakar sakit puan sampai mampus takyah kahwin pun takper bro. Tapi naperlaa ko bersikap hampeh camni? Peliknyaa .. Astaghfirullahalazim.
Nauzubillahhi minzaalik.
Aku turut bersimpati dengan mak bapak dia. Paperpun mak bapak dia dah berjaya mendidik anak dia sampai jadi top student dan itu pun suatu perkara yang membanggakan sebenarnya.
Aper-aper jer arrr. At least kita ni perlulah beringat dan sentiasa mengambil pengajaran. K arr Salam.
No comments:
Post a Comment