Sunday, December 20, 2009

Selamat hari jadi

Bismillahiraahmanirahim

Selamat hari jadi. Aku mengucapkan hari jadi pada diri aku sendiri. 23 tahun aku hidup. Apakah perubahan yang telah aku lakukan pada diri aku dan orang lain? Apakah perubahan itu bermanfaat atau membawa keburukan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.

Dalam waktu hari jadi ni, hanya 3 orang yang mengucapkan selamat pada aku. 2 orang dari kawan, seorang dari mak. Semalam aku call mak, bagitahu pasal hari jadi aku. Aku cuma nak bagitahu mak. Emm bukan bagitahu cuma nak menyampaikan ucapan. Aku cakap, “Mak, terima kasihlah sebab membela adik selama 23 tahun ni.”

Memang sepatutnya kita raikan hari jadi dengan kesedihan, mengenangkan betapa kita hidup di dunia ni apakah manfaat yang telah kita lakukan pada diri dan orang lain? Apakah benar Allah telah memilih janin yang layak dan terbaik dari abah dan mak kita untuk kita hidup di dunia ini. Atau kita sekadar menjadi perkara sia-sia atau sekadar pelakon tambahan hanya untuk memenuhi ruang di pentas dunia ini. Aku pun jarang ucapkan hari jadi pada kawan dan keluarga aku, juga jarang untuk aku bagitahu tentang hari jadi aku pada kawan yang lain, minta maaf.

Semoga aku lebih serius untuk menghadapi hidup dan menganggap segalanya sebagai ladang amal untuk dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti. Semakin kita mensia-siakan hidup, mungkin semakin kita menyesal di akhirat nanti kot.

Aku sedar aku masih lagi tersesat di Betlehem ini, begitu banyak untuk aku belajar dan aku belum lagi terfikir untuk keluar dengan keadaan aku sekarang ini. JIkalau aku mati, aku harap ada orang yang membawa aku keluar dari sini ke tempat yang lebih elok. Iaitu syurga.

Betlehem adalah tempat yang harmoni, seluruh manusianya mempunyai hati yang baik. Namun, ada yang sakit, ada yang sihat tetapi membawa penyakit. Disetiap penyakit yang mereka bawa, ada sesuatu faktor yang boleh menukarkan jisim berpenyakit itu sebagai ubat bagi orang yang sesat seperti aku.

Rindunya untuk aku keluar dari Betlehem, tapi apakah aku harus keluar seorang atau membawa seseorang untuk keluar dari sini.

Selamat hari jadi untuk aku. :)

20 December 09 5.41 p.m

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam... Maal Hijrah. Saya tak tahu nak tulis apa. Harap sekalian dapat doakan exam saya dan kawan-kawan saya yang lain. Supaya lepas ni saya dapat tulis blog lagi. Salam.

Tuesday, December 8, 2009

Rumah tangga

460 pasangan muda bercerai di Perlis

Dis 8, 09 7:06pm

Pasangan suami isteri yang berusia bawah 35 tahun banyak terbabit dalam kes perceraian di Perlis dan antara puncanya ialah mereka lebih mengutamakan nafsu dari ikatan perkahwinan kata Pengarah Pembangunan Wanita Perlis, Affendi Rajini Khan hari ini.

Menurutnya 460 kes perceraian didaftarkan di Perlis sepanjang tahun ini berbanding lebih 1,400 kes pernikahan bagi tempoh yang sama yang mana kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan bawah 35 tahun.

"Kebanyakan yang memohon cerai telah berkahwin antara lima dan 10 tahun dan kes itu telah menimbulkan masalah kepada masa depan anak-anak mereka," katanya selepas majlis pelancaran program Nur Bestari peringkat Parlimen Kangar yang dirasmikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, 68 pasangan telah rujuk semula setelah menyedari masa depan anak-anak mereka tidak menentu akibat perceraian itu.

Sementara itu, Md Isa ketika melancarkan program tersebut mengingatkan pasangan suami isteri sentiasa memikirkan kebahagiaan dan masa depan keluarga terutamanya anak-anak.

Katanya, perceraian akan membawa kemusnahan kepada institusi keluarga yang telah mereka bina. BERNAMA

Kawan gua cakap, nak mulakan pelayaran memang seronok, sebab excited laa, ada kapal layar, nak turun laut, tengok pemandangan. Tapi bila dah start belayar kat laut bila angin takde, mula mabuk laut, bekalan makanan nak habis, mula rasa tak best. Sama-sama laa kita pandai jaga diri. Aminnn.

Ketika Cinta

Lagu ketika cinta opick ni memang sedap. Lagu ni siti nurhaliza pun ada juga nyanyi lagu ni. Sedap. Dia bagitahu macamana rasanya bila bercinta. Tapi lagu ni cakap dalam konteks bercinta pada Allah. Sapa nak dengar download laa dalam 4shared.com .
Ni haa lirik lagu dia. Lagu ni banyak kali gua ulang waktu study. Memang best kan rasa bila dilamun cinta? Ntah. Kadang-kadang tak rasa apa-apa kot? Lantaklaa, semoga dapat rasa macamana gua rasa sekarang.

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Saturday, November 28, 2009

Chapter 2

Malas konon, sorry laa geng. Gua terpaksa telan balik air liur yang gua ludah tempoh hari. Sorry beb. Huh. Bismillahirrahmanirrahim. Istighfar istighfar. Luruskan niat luruskan niat.

Sebenarnya haritu saya benar-benar tersesat. Dah tunggang kuda untuk keluar ke Hebron, ingat nak mulakan hidup baru dekat kawasan kompleks Al-Quds, sambil lepak2 (bermabit) kat sana. Sampai kat Hebron kawasan estate Yahudi, kuda kena tahan. Kuda saya sihat tapi tentera Zionis cakap kuda saya sakit dan haus, kena bagi minum Coca cola atau Pepsi. Saya cakap saya taknak. Sebab saya tak lepas exam surgery lagi, nanti kalau kuda saya dapat gastrik saya tak pandai nak ubatkan. Saya rela dia bagi minum air sungai Taman Negara Bako. Walaupun kuning macam air kencing, tapi dapat juga hilangkan haus. Tapi tentera tu tipu saya, dengan senyum yang seakan ikhlas dan baik hati dia cakap "kalau macam tu awak boleh lalu" saya pun ikut laa cakap diorang. Ingatkan jalan tu betul laa, rupanya saya masih tak keluar lagi dari Betlehem. Saya masih lagi di Betlehem.

Aku tidak dapat tinggalkan Betlehem. Walaupun aku dah delete akaun facebook, akaun friendster. Walaupun aku masih guna Al-Quran lama. Aku masih tidak dapat tinggalkan Betlehem. Biarlah aku sesat di Betlehem. Kerana bila aku sesat, aku akan serius untuk cari jalan pulang. Jika aku ketemu jalan pulang padahal waktu itu manusia Betlehem masih banyak menangis, mungkin aku akan banyak rehat dan mati kerana obesiti.

Dah, dah cerita ni mengarut. Jangan percaya. Tak betul.

Untuk kawan-kawan, sahabat-sahabat, teman perjuangan yang ghaib di mata, kamu semua masih hinggap di hati ku. Terima kasih kerana sudi support. Perjalanan saya masih jauh. Rindu saya makin kuat.

Thursday, November 19, 2009

The end...

Salam, rasanya dah malas laaa nak update blog ni lagi. Salam

Monday, November 16, 2009

Membuat pilihan

Salam, wahh hari ni memang saja nak cari sibuk... sebenarnya banyak lagi topik yang tak cover lagi nih. Nanti ada camping lagi, balik camping terus assessment. Kena rajin nih. rajin, rajin rajin.
Tapi kalau nak rajin, kena laaa ada semangat. kena hati tenang, kena khusyuk, kena ada minat. wahhh susah tuu. Kalau takder semua tu? Tak yang penting target tercapai. Nak rajin sebab nak cepat faham, kalau dah faham barulah tahu.

Yang penting sekarang kena fokus. fokus, fokus, fokus. Allah tu tak pernah menzalimi hambaNya. Kadang-kadang kita juga harus buat pilihan. Ada orang mahu hidup 1000 tahun, tapi hidupnya terseksa mencari kebahagiaan. Ada orang inginkan mati, tapi hidupnya walau satu hari dipenuhi dengan kemuliaan dan juga bahagia.

Dululaaa cikgu tenis aku cakap waktu latihan tenis petang2 kat matrik. Dia cakap, kita hidup ni sebenarnya mencari ketenangan. Sedangkan orang sanggup pergi jauh bercuti nak dapatkan ketangan. Allah pun cakap dalam Al-Quran , hai jiwa yang tenang, masuklah kedalam syurga (lebih kuranglah ayatnya, aku lupa surah apa.

Owh ada kawan call, patut ada kelas, salam

Saturday, November 14, 2009

Rasa tenang

Salam, hari ni kan, waktu ni, aku rasa tenang sangat sangat. Masalah memang banyak, tapi seolah-olah aku yakin yang setiap masalah suatu hari nanti pasti akan ada penyelesaian. Sebab tu laa kot dalam buku Amru Khalid cakap, kalau kita sabar, kita akan dapat bahagia. Kalau kita kalut, cepat kecoh, tak nyenyempat, sebab tu laaa kita selalu risau, resah mengeluh. Benda buruk tak jadi lagi, kita terus cepat fikir yang macam2.

Ada satu ceramah laa yang aku pernah dengar pasal sabar ni. Waktu tu si ustaz ni cerita ada seorang ibu yang datang dekat dia, "aduhh, macamna ni ustaz nanti 2 tahun lagi suami saya mahu pencen, anak saya pula ramai, masih bersekolah, habislah kami nanti! tidak punya wang untuk menyekolahkan anak," Lalu si ustaz menyampuk , suami puan dah pencen ke belum?, Si ibu menjawab, "belum". Si ustaz pun cakap, "Aduhh kalau pencennya lagi 2 tahun, kenapa perlu susah hati sekarang? kenapa tidak susah hati 2 tahun nanti?. Siapa tahu tidak sampai 2 tahun lagi, suaminya mati? itukan lagi susah?" Mendengar jawapan Ustaz si ibu terdiam. Ustaz menyambung, " Rezeki itu bukan datang dari suami, tapi datang dari Allah. Rezeki juga bukan selalu datang dengan bentuk harta, anak juga rezeki, siapa tahu kalau puan gigih mendidik anak lalu anak jadi seorang soleh, selalu mendoakan puan, ianya kan lebih bernilai dari harta?".

Itulaa kot, sebabnya kalau kita ni fikir yang hidup sesingkat ni kan ke membazir kalau kita selalu memikirkan yang terburuk aja yang akan terjadi pada diri kita. Padahal siapa tahu yang kedepan banyak saja kebaikan yang Allah akan bagi pada kita.


Aku ni pandai cakap kat orang, tapi dekat diri sendiri tak tahu laa boleh buat ke tak. Tapi kena yakin laa boleh buat. Kalau dah tahu, kena laaa faham, bila dah faham baru laa senang nak buat. S.A.B.A.R , sabar. :)

Friday, November 6, 2009

Salam, selalunya hari minggu aku ada aktiviti, tapi minggu ni rilex sikit. Tapi tak rilek sangat pun, hospital tetap kena jenguk. Minggu ni Dr Ong datang ke Sibu, dia suruh cover semua patient dalam ward. Takpe takpe. Kalau dia suruh tidur kat ward pun takpe. Hai malam tadi sebelum start study, aku dengan tak sengaja bukak Al-Quran surah Yusuf. Sebab malas nak baca pun, aku baca terjemahan je. Surah Yusuf ni adik-adik (ceh macam rancangan adikku sayang la plak), cerita tentang kisah nabi Yusuf. Nak aku cerita. Aku cerita sikit la eh.
Nabi Yusuf adalah anak kepada nabi Yakub yang sangat menyayangi nabi Yusuf. Tapi adik-beradik dia yang lain tak berapa suka dengan nabi Yusuf ni lalu cadang nak buat sesuatu pada nabi Yusuf a.s. Lalu dipendekkan cerita nabi Yusuf ditinggalkan dalam sumur, dijumpai seorang pedagang dan dijual di Mesir oleh seorang pembesar Mesir. Lalu dia difitnah dan masuk penjara tapi oleh kerana kebijaksanaannya mentakwil mimpi, akhirnya dia menjadi salah seorang pembesar di Mesir. Kisah dalam surah Yusuf ni termasuk juga laa kisah Nabi Yusuf dengan isteri pembesar yang membelinya tadi iaitu Zulaikha atau ada riwayat lain cakap Zalikha tapi riwayat pasal nama ni tak dipertanggungjawabkan ye.
Hmm apa pengajarannya pada kisah dalam Al-Quran ni eh? Lu pikirlaa sendiri. Hehehe.

Sebenarnya kita tak bleh tahu rancangan Allah dalam hidup kita ni. Kalau Allah nak bagi sesuatu pada kita tu, kita patut terima kot dengan sabar. Kalau kita tak sabar, selalunya tu laa jadi sebab berlaku benda yang tak patut. Kita pun tak boleh nak dengki dengan orang lain. Kalau ada orang yang terlebih sikit pada kita, hmmm apa nak buat eh? Takkan nak campak dalam perigi pulak kot. Tak, tak payah buat apa pun, kalau lagi kita dengki lagi laa kita menyusahkan hidup kita. Lainlaa kalau yang kita dengki tu boleh plak dia buat poyo depan kita, kita tempeleng je laa. Eh eh jangan, tak elok. Patut kita jauhkan jer dengan layan orang macam tu, buang masa.

Aku tengok kisah nabi Yusuf ni dengan takde apa-apa, Allah boleh jadikan dia sebagai seorang pembesar Mesir. Tapi orang kita sekarang terhegeh-hegeh berkempen diri sendiri sebab nak jadi pembesar. Orang tak hingin pun dia pujuk-pujuk juga. Cakap pasal perjuangan, macam hero laa sangat.

Macam Nabi Yusuf ni sebelum dia jadi pembesar dia kena masuk penjara, hmm jadi boleh ke kat Malaysia ni buat kalau sesiapa nak jadi YB ke YAB ke dato' ke ape-ape ke kena wajib tinggal dalam penjara dulu. Hahaha.

Owh aku bukan nak membenci sesiapa . Padahal kita ni disuruh berbuat baik dalam apa sahaja perkara dalam hidup kita ni. Dulu orang Melayu cakap 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Menunjukkan orang Melayu ni nak buat baik pun kena berpada-pada sebab mereka tahu antara kalangan mereka sendiri akan suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Tapi buat jahat jangan sekali lak tu, macam cakap boleh buat berkali-kali je plak.

Arghh dah laaa tulis tu. Kalau banyak cakap, banyak pulak salahnya. Ok salam

Monday, October 26, 2009

Surgery and Takde mood

errrr, Salam. Sekarang nih aku tengah berehat dekat hospital. Sekarang masuklah posting Surgery yang aku minati. Sebab surgery ni kita akan merasa lebih bertanggungjawab kepada patient sebab kita merawat dengan tangan kita sendiri. Tapi sekarang ni takder mood lah nak belajar, baca buku sikit pun tak masuk. Tapi aku enjoy sebab banyak yang dr. cakap dan explain aku jadi cepat faham.

Dulu waktu di wad kanak-kanak, hanya jumpa budak-budak dan mak bapak yang menemani diorang, di wad perbidanan dan sakit puan, hanya jumpa mak-mak muda yang sebaya atau lebih muda lagi dari aku, ada juga makcik-makcik tua yang sudah berhenti dari bersalin. Tapi di surgery, pesakitnya terlalu ramai, sehingga perlu tambah katil di susur jalan tengah wad, ada yang tua, abang yang bertatu dan bermuka ganas, pakcik yang masam tanpa gigi, dan kakak yang menekan perut menahan kesakitan. Aku jadi tidak tahu apa yang patut dilakukan. Tapi terpaksa bertanyakan soalan untuk menjalankan tugas sebagai seorang pelajar yang mahu belajar. Jadi ... aku mulakan dengan senyuman. Diantara 10 orang pesakit, didapati 8 orang yang akan membalas balik senyuman aku walaupun tengah menahan kesakitan. Walaupun muka nampak garang, bengis, bertatu, tapi senyuman mereka memberitahu aku yang mereka menyambut baik kehadiran aku.
Bercakap tentang senyum, aku banyak belajar tersenyum apabila didalam ward, kadangkala aku senyum menampakkan gigi supaya orang akan anggap aku ini benar2 mahu tersenyum padanya walaupun sebenarnya aku buat-buat. Walaupun takde mood, tapi bila senyum dekat orang ,dan orang senyum balik pada kita, kita akan jadi lapang. Lapang .Lapang.
Lalu barulah boleh memulakan soalan,

Aku :"pakcik, bisik pedih perut?" (ada sakit perut?) <----Bahasa Iban.
Pakcik: "bisik, ditok" (ada, Di sini) sambil menunjukkan padaku tempat yang sakit.
Aku :"Maok check kejap yaa."
Pakcik :"Ulaeh!" (boleh)


Orang Iban memang ramah, dan cepat mesra, tapi mungkin kerana bahasa, kita dengan mereka jadi jauh.

Friday, October 16, 2009

Kredit to Faiz

Aku delete post nih.

Wednesday, October 14, 2009

Dilema mangkuk tandas.




Bismillahirrahmanirrhim

Emm salam, waktu aku tulis post ni waktu tengah buat case write up, saja nak hilangkan boring aku tulis-tulis laa sikit. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi, banyak pulak cerita yang tak perlu pun diceritakan. Sebab semua orang ada kehidupan mereka sendiri kan, lebih baik kita menikmati kehidupan sendiri daripada sibuk mendengar kehidupan orang lain. Kecuali kalau ada pengajaran disebalik sesuatu cerita orang lain tu yang berguna pada diri kita untuk teruskan hidup ni. Emm tu sebab kita patut belajar sejarah kot. Sebab tu laa kalau nak jadi cikgu sejarah jangan sibuk nak suruh budak-budak sekolah ni hafal fakta, nanti lama-lama budak jadi boring,muak tak minat dan mudah lupa. Dah laa benda lain macam formula fizik, teori kimia, tatabahasa BM, literature English, formula Add Math, Fakta biologi semua nak kena ingat, tambah lagi dengan sejarah lagi laa budak tak minat. Aduhh kesian budak sekolah zaman sekarang. Otak mereka dijadikan pendrive untuk menyimpan memori. Kalau memory macam hardisk sampai beratus gigabyte takpe, tapi kalau certain budak yang memory macam pendrive 512 MB kan ke kesian. Lagi-lagi kalau systemnya windows 95 atau 98, processor pulak lembab. Haii kesian, kesian. Last-last budak-budak akan lebih prefer untuk ‘hibernate’ atau ‘standby’. Moga-moga diorang tak ‘shut down’ awal.

Jadi sepatutnya kita ni yang dah mula nak anggap diri kita ni maju patut dah ada system sendiri, processor sendiri untuk jadikan budak-budak kita yang memory tak sebrapa ni jadi laju, tak jammed. Bukan tu saja antivirus pun patutnya daripada ciptaan kita sendiri. Jadi takperlulah kita nak update tiap-tiap tahun.

Apalah gunanya kalau kita ni maju disebabkan taik orang lain. Orang lain reka mangkuk tandas, kita fikir kita maju sebab dapat buang air besar menggunakan mangkuk tandas yang canggih. Sebab dulu-dulu masyarakat kita hanya ‘melabur’ di sungai atau tepi jalan. Lalu kita jadi sombong dan bongkak hanya kerana kita berpeluang dapat menggunakan mangkuk tandas yang canggih padahal taik orang sekarang dengan taik orang zaman dahulu adalah sama. Mereka juga makan nasi dari padi. Cuma sekarang bezanya ada yang sudah makan Beras Herba Faiza Taj Mahal. Ada juga dari kita ni berbangga la sangat apabila mencipta sesuatu yang baru dari mangkuk tandas orang lain. Itupun hanya mengecat dengan warna yang lebih menarik, atau mengukir corak yang melambangkan kebudayaan sendiri atas mangkuk tandas tu, Alaa apalah sangat, itupun boleh heboh satu dunia yang mengatakan kita sudah mencipta sesuatu yang unik atas hasil kita sendiri. Satu dunia juga mentertawakan kita dan atas kesopanan kita mereka tak gelakkan kita depan-depan tetapi mereka memberi kita anugerah dengan harapan kita boleh buat benda bodoh tu lagi dan jangan cuba-cuba nak bertanding dengan diorang buat satu lagi mangkuk tandas yang baru. Owh, minat maaf, kalau sesiapa yang tidak berminat dengan mangkuk tandas bolehlah membayangkan benda yang lain.

Kita sebenarnya dalam akdemi kehidupan ini, kita telah direkrut untuk menjadi seorang agen. Ianya terpulang pada diri kita samada mahu menjadi agen pengikut atau agen perubahan. Kalau menjadi agen pengikut, peluang untuk naik pangkat mudah, dapat bekerja dengan selesa di jabatan yang berhawa dingin, dengan gaji bulanan yang confirm akan masuk tiap bulan. Tetapi kalau mahu jadi agen perubahan perlukan latihan dan ujian ala komando, kerjanya susah dan payah, perlu tinggalkan keluarga, perlu banyak kerahan tenaga, nak naik pangkat jangan harap, sampai pencen takkan dapat. gAji diberikan berdasarkan prestasi.

Tapi selalunya kehidupan sebagai agen perubahan inilah yang paling layak menikmati kehidupan yang bermakna. Hidupnya dimuliakan, disayangi orang lain, matinya dihargai sebagai tokoh, bermakna kepada kemajuan sosial, ekonomi , budaya, politik dan lain-lain. Contoh yang paling gempak siapa lagi kalau bukan Rasulullah S.A.W. Agen perubahan yang paling dikenali. Apa-apa juga keadaan dan pekerjaan kita jika kita hidup sebagai agen pengikut nescaya kita hanya dapat menuruti mengikuti arus kehidupan tapi sesiapa yang menjadikan diri mereka termasuk dalam agen perubahan akan dapat mengenali dan lebih menikmati kehidupan. Dunia memang secara jelas melahirkan ramai saintis. Betapa ramai para saintis yang tidak ada nama pun di dalam sejarah bukan kerana mereka memiliki kekurangan ilmu, tetapi mereka hanya sekadar agen pengikut. Kita juga hanya mengenali saintis seperti Albert Einstein kerena beliau hidup menjadi agen pengubah. Begitu juga dengan doktor, guru, ahli politik dan lain-lain. Huh, diharap kita sama-sama dapat fikirkan. Dahlah nak sambung kerja. Salam.

Saturday, October 10, 2009

Malama yang jelas,perancangan yang teliti.

Bismilahirrahmanirrahim. Ok straight to the point aku tak nak cerita banyak, Matlamat yang Jelas dan perancangan yang teliti yang mengambil kira akan persekitaran itu adalah penting.

Alamak tak best laa pakai laptop member aku nih, nak tekan huruf T pun susah. Alah nanti laaa aku post , salam.

Tuesday, October 6, 2009

2 weeks for exam O&G

Salam, hmmm lagi 2minggu lagi aku nak exam nih, study pun tak berapa nak bersungguh nih, asal baca jer. Pastu memang laa rajin pergi ward malam tapi untuk cari case jer, case write up pun tak siap lagi. Wahhh. Mudahan Allah bagi aku jalan untuk settlekan masalah nih.
Tapi aku faham bukan aku ajer yang menanggung beban macam nih. Ada ramaaaai lagi. Ada yang tak hiraukan kawan laa, yang sedih laa, stress laa, cakap sorang2 pun ader. Haiiii, ni adala symptoms exam dah nak dekat nih.
Kalau cakap pasal stress memang laa stress, tapi kan kita ni sebagai manusia seeloknya jangan cepat ambil keputusan. Kena fikir dulu dalam-dalam. Heh tadi kawan aku tengah cerita pasal dia ada nampak satu poster tentang SI. Terus kawan yang sorang nih cakap oooo. Aku tak tahu, apa SI tu? lalu aku pun terus tanya kawan yang cerita ni tadi. Dia pun cakap SI tu sexual intercourse. Kawan yang cakap ooo ni plak bagitahu kat aku , kalau kita dengar sesuatu yang kita tak faham, seeloknya kita fikir dulu, kalau tak nanti nampak laa kebodohan kita sebab tak tahu satu perkara tu. OOooo macam tu. Heh cerita nih macam simple kan ? tapi kita tengok betapa ramai orang yang menyesal bila buat sesuatu perkara tanpa memikirkan dahulu tentang perkara tersebut.
Jadi kalau laa kita ada perasaan stress ke, sedih ker, memang patut pun kita ada perasaan macam tu, tapi lebih baik kalau kita tahu cara nak selesaikannya.
Ada satu malam iaitu malam tadi ada seorang kawan aku mengambil patient yang ada kat katil yang aku jaga tapi tak bagitahu pun. Marah tu memang laa marah, tapi bila aku ingat balik kata-kata seorang kawan aku nih, yang syaitan tu takder kerja lain melainkan nak menimbulkan permusuhan pada umat manusia. Hmm oleh sebab aku tak nak syaitan menang, jadi aku pun simpan kemarahan aku nih. Wahh moga-moga kalau ada lagi kes macam nih atau yang lagi besar macam nih aku dapat control macho aku, selain control kemarahan. Macho pun kena control beb!
Oklaaa, zohor pun dah nak masuk. Ni memang takder masa ni, try gak cari masa, pasni nak tidur lagi. Opsss. Oklah Salam.

Wednesday, September 30, 2009

Sosialis atau Pendakwah ?

Salam, emm harini aku tak pergi ward . Sebab masa yang tinggal 3 minggu lagi untuk exam lebih baik jikalau aku study yang mana yang tak cover lagi dan banyakkan discussion. Ramadahan yang berlalu biarkan berlalu kerana akan membuang masa kalau kita menjerit memanggilnya untuk datang kembali. Syawal yang kita sambut ini kita sambutlah dengan bijak supaya kemaafan yang kita pohonkan semenjak mulanya Syawal tidak kita khianati. Semoga Ramadhan yang seterusnya dapat kita sambut InsyaAllah.
Kalau kita lihat dalam masyarakat ini, ada satu kuasa yang memonopoli keadaan sosial dan ekonomi serta budaya masyarakat kita. Penguasaan ini terbit dari pelbagai macam cara seperti media, politik, undang-undang, adat dan sebagainya. Wahh aku tulis macam tulis karangan B.M spm la plak nih.
Waktu cuti haritu aku sempat meluangkan masa membaca buku karya Hishamuddin Rais yang merupakan sosialis dan pengkritik yang bagus. Kalau orang politik akan menggelarnya pembangkang tapi orang yang memahami dirinya akan menggelarnya reformis yang menghargai sejarah. Dan kebanyakan pemikirannya aku rasakan betul kerana ada fakta. Tapi tak semuanya wajar kita ikut.
Apa yang dapat kita simpulkan sekarang masyarakat kita hancur kerana pudarnya ketuhanan kita kepada Yang Maha Esa tapi ketuhanan kita terarah kepada kebendaan. Ini bukan sahaja menghancurkan keimanan kita malahan juga menghancurkan sosial , budaya, cara ekonomi kita sekarang. Contoh yang paling mudah kita nampak bagaimana cara budaya kita yang dahulu hidup di kampung dengan keindahan cara bergotong royong untuk membuat sesuatu majlis, bantu-membantu antara satu sama lain tetapi sekarang kita lebih bersifat individualisme, semuanya kini ingin memiliki kenderaan sendiri tanpa memikirkan langsung tentang masalah kesesakan lalu-lintas, masalah pencemaran udara, minyak naik harga dan sebagainya. Masyarakat menjadi bodoh dengan bergantungnya mereka dengan tuhan kebendaan malahan mereka masih memikirkan diri mereka hebat kerana mampu memiliki sesuatu yang pada diri mereka orang lain tidak mampu memiliki.
Untuk mengubah corak pemikiran masyarakat itu bukan sesuatu yang mudah. Menjadi sosialis atau pendakwah itu sama tujuannya. Tapi adalah rugi kalau kita hanya sosialis atau pendakwah yang berperang mengunakan lidah tapi tidak menggunakan tangan walaupun tangan tidak kudung dengan periuk api.
Untuk menegakkan bangsa dan agama juga tidak laku dengan hanya mengkritik, malahan lebih banyak kerja untuk dilakukan dari hanya mengkritik. Terlibat dalam poiltik juga bukan hanya itu cara untuk menyelesaikan semua masalah. Aku percaya suatu hari masyarakat akan berubah. Perubahan sesuatu masyarakat bukan kerana lahirnya seseorang tokoh atau apa sahaja peristiwa. Tetapi perubahan itu datang dari kesan yang dibawa oleh keburukan, kehinaan dan kebodohan sesuatu masyarakat itu sendiri. Ambillah pengajaran dari sejarah bagaimana negeri kita dahulu tertawan kerana pemimpin yang menggilakan kuasa dan rakyat yang terlalu menurut dan tak berilmu. Ini semua terkandung dalam buku teks sejarah tingkatan 2 dan tingkatan 4. Apakah kita sudah lupa ? Ataukah waktu itu kita rasakan grade A SPM itu lebih penting dari nilai sejarah yang banyak pengajaran pada kehidupan kita ?
Wahh apapun kepada yang akan menghadapi PMR dan SPM aku doakan semuanya berjaya. Juga sesiapa yang ada adik, abang, kakak, mak , ayah, datuk , nenek pakcik, makcik, sedara- mara yang ambil PMR dan SPM aku doakan mereka berjaya. Salam aidilfitri. Salam...

Monday, September 28, 2009

Salam aidilfitri

Aduhhh .. emm salam. Lama betul tak update blog nih. Takper, sebenarnya ada banyaaaaak lagi kewajipan yang nak dilaksanakan. Di kesempatan yang ada ini lebih cun kalau aku menulis sedikit mudahan bermanfaat.
Wahh aku baru sahaja balik dari bercuti hari raya semalam. Flight yang tiba pukul 8.30 malam mendarat dengan selamat. Terima kasih kepada Tony Fernandez dan Air Asia. Tapi minta maaf sebab aku tak beli air dan makanan korang sebab mahal dan tak berapa sedap. Aku nak jer sedekahkan rendang ayam yang mak aku buat kat pilot dan cabin crew malam tadi supaya nanti boleh diorang amik mak aku sebagai kontrak catering diorang. Hahaha.
Tak tahu macamana nak start, tapi this year punya raya is very enjoy, memorable and meaningful to me. Dari start aku mendarat ke Kl sampailah aku balik balik ke sarawak. Tiap saat memang saat bermakna kecuali waktu aku tidur jer.
Takpelah nanti aku cerita lagi. Hidup ni memang singkatlaaa. Kalau yang lupa nak bertaubat cepat2 laa bertaubat.

Sunday, September 6, 2009

Takder apa nak di post lahhh.

Salam, emm maluuu. Malam ni takde apa yang aku nak cakap yang kalau aku cakap mungkin tak berfaedah kot. Tapi sebab malam ni jugak tak dapat tidur aku pun berhajat untuk tunggu subuh dan tidur kejap lepas subuh sebelum gerak pergi hospital. Tapi malam ni macam special, (mungkin malam Lailatul Qadar mungkin ). Aku baru ingat waktu tahun sebelum ni aku ada buat blog kat multiply astu lama aku tinggalkan. Aku baca balik Subhanallah , jauh lebih baik dari blog aku sekarang ni. Emm mungkin sebab..... Iman kot. Haii susahlah nak terangkan. Tapi ada satu post dalam blog aku tu yang aku baca buat aku nak menangis pulak. Isk isk sedih nih. ( duhh aku terbuat kelakar plak ) so, aku pun copy paste ajer, kalau nak baca lagi blog tuh boleh pergi ke link yang aku buat nih ok... Salam http://pemujirabbi.multiply.com/

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengatahui segala isi hati. Rabb aku ini bingung. sering sahaja aku diuji, memang kalau aku tidak tertahan dengan ujian dariMu maka jelaslah menunjukkan betapa aku ini ikhlaskah atau pura-pura dalam mencintaiMu. Kau juga mengetahui Ya Rabb. Kalau aku suatu hari itu terlihat seorang gadis yang cantik. Yang selama ini aku tahu kecantikannya, namun pada hari itu aku mengekori pandangan buat kali yang kesekian. Tidak seperti hari yang lain. Padahal hari sebelumnya aku dapat mengawal, dan pada hari ini jelas aku seolah orang yang paling rendah jihadnya terhadap nafsu. Ahhh, aku mengeluh. Aku mengetahui yang hal ini hanyalah ujian. seperti yang sebelumnya. Jadi aku cuba dengan sedaya yang mampu untuk melawan dan berjuang. Semakin aku cuba dekatkan diri dengan Kamu ya Allah. Namun, sangkaan aku silap. Aku sangkakan gangguan yang sekecil itu aku boleh hadapi. Namun, dengan kekuasaanMu, Kau mampu membuat sesuatu yang kecil menjadi besar kesannya pada aku.Aku rasakan seperti dihantui dengan ujian ini. Allah, betapa lama lagi aku harus bersabar. Dan sekiranya ujian ini baik pada diriku, maka kau kekalkanlah. Mudah-mudahan dapat aku merasakan nikmatnya kurniaan sabar yang kau berikan. Ya Allah, sekiranya ujian ini membuatkan diri aku jadi hina.. Maka aku memohon Ya Allah agar kau hilangkanlah ujian ini.
Yang Maha Pengampun, ampuni segala dosa-dosaku yang lalu. ampuni jikalau segala perbuatan yang telah aku lakukan menimbulkan kemurkaanMu. Ampunilah Ya Allah jikalau aku ini lalai dari mengingatiMu. Rabb, aku tidak mahu gagal dalam kehidupan di dunia ini. Yang ingin lekas pulang kembali disisiMu. Aku ingin berjumpa dengan Rasul-Mu yang ku rindui. Janganlah Ya Allah..kau biarkan dunia ini menjadikan diriku seorang yang hina. Amin Ya Rabbal Alamin."

Wednesday, September 2, 2009

Not so serious ... kot?

Salam, emmm ok. Nak dengar cerita? Ok. Adalah suatu hari waktu aku dah tak tahu nak buat apa, aku un berbual laa dengan pak guard yang duduk jaga kami kat bawah hostel nih, dia pun tanya : "Hanis, macamana kalau kita nih berniaga jual arak, menghidang minuman arak, ataupun duduk dengan orang yang minum arak, tu semua haram kan? ", aku pun mengganggukkan kepala. Pastu dia tana lagi " Macamana kalau kita nih terima duit kerajaan, padahal kita tahu duit tu pun hasil kutipan dari cukai yang termasuk bussiness arak ngan judi, haram ke tak?". Dengar je soalan ni aku pun terkejut. Blur. Tak tahu nak jawab apa. Pastu aku pun menjawab, "errr tak tahu."
Bagi seorang pemuda yang perasan heroo macam aku ni, aku pun lepas tu jadi banyak berfikir pasal nih. Rua-rupanya kita ni memang tak lepas dari benda yang haram nih. Bukan aku cakap pasal nih ajer beb, cuba kita bukak tv, kalau bukak TV1 tu confirm laa banyak siaran yang memboringkan, alih-alih pasal 1 malaysia jugak. Opss, sebenarnya bukan aku nak menentang kerajaan ker aper ker, apa yang kerajaan buat tu sure untuk kebaikan jugak tapi frankly speaking memang tak berapa nak seronok laa, ehem tu sebab ramai sekarang n melanggan ASTRO. Ada macam-macam channel dalam tu, tapi macam biasa banyak jugak benda yang haram kita tengok dalam tu. Aku tak maksudkan laa tengok babi dalam animal planet tu haram, aku tak jumpa pun fatwa cakap tengok 'benda' tu haram yang aku tahu pegang tak boleh sebab najis.
Jadi berbalik pasal isu nih, aku memang terfikir satu hadis yang mana Rasulullah S.A.W cakap semua benda dalam dunia ni dah memang semunya clean and clear ( ini bukan exactly macam Rasulullah cakap ye, harap maklum!). Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Adapun yang diantaranya adalah syubhat dan Rasulullah S.A.W nasihatkan supaya kita kalau boleh mengelakkan perkara syubhat nih. (Minta tolong perbetulkan kalau ada kesilapan pasal nih)
Itulah disebabkan apa yang Rasulullah katakan nih, aku jadi banyak berfikir terutamanya tentang hasil pendapatan aku yang mana aku jadikan untuk membeli barang keperluan aku dan seterusnya jadi darah daging. Apakah semuanya HALAL?.
Aku memohon pada Allah mudah-mudahan setiap rezeki yang Dia beri itu dilimpahkan keberkatan dan menjadi pendorong untuk aku kuat beribadah. Aku juga berazam yang satu hari nanti aku lebih berminat untuk berkerja secara independent dan bekerjasama dengan orang-orang yang soleh dan jujur. Itulah sebab aku tengok ramai kawan-kawan aku yang ikut usrah/halaqah bila lepas grad mereka lebih prefer untuk buka tadika sendiri daripada jadi cikgu di sekolah mainstream. Ada ijazah jadi cikgu tadika jer? ramai orang akan pelik melihat apa yang dia orang lakukan tapi aku pasti mereka faham apa yang mereka yakini.
Macamana pulak bagi orang-orang yang memang tak dapat lari dari makan gaji. Aku menasihati diri aku dan diri orang lain supaya beringatlah. Kalau kita memang betul-betul pasti yang rezeki kita itu halal maka teruskanlah bekerja dengan ikhlas, kalau anda rasa was-was aku tak galakkan supaya kita ni terus berhenti bekerja sebaliknya niatkanlah bekerja bukan untuk menjadi orang yang hidup sebagai makan gaji, tetapi hanya sekadar untuk menimba pengalaman atau menyelesaikan hutang. Kurangilah berhutang kerana hutang itu boleh jadi dicampuri riba. Berzakatlah dan jangan lupa untuk solat dhuha supaya Allah melapangkan, memberkati, memurahkan rezeki yang kita dapat. Kalaulah ada diantara kawan kita yang berpeluang jadi kaya , janganlah kita dengki sebab mana tahu bila dia dah jadi kaya gila kita dah tak perlu pinjam kat bank yang banyak faedah, pinjam kat kawan, senang dapat dan takder faedah (carilaa kawan yang boleh percaya sikit!) . Tapi kalau Allah bagi peluang untuk kita jadi kaya, janganlah pulak kita nih jadi kedekut nak mampus, mana taknyer orang dengki kat kita, banyak harta kita kena curi kena rompak. Sedekahlah, bayar zakat, kalau ada orang nak pinjam bagi jer. Mana tahu Allah bagilagi rezeki kat kita.
Sebenarnya untuk merealisasikan apa yang aku cakap ini hampir-hampir mustahil. Sebab kita dari kecil kurang terdidik untuk memikirkan pasal ini, emm begitu juga ibu-bapa kita yang kebanyakannya lebih suka anak-anaknya makan gaji. Apa yang Allah ajarkan dan Rasulullah tunjukkan jauuuuh lebih baik sebenarnya tapi yelah kita nih ramai yang perasan busy sampai lupa plak nak memahami dan memikirkan tentangnya.
Aku sekali lagi cakap aku bukan anti kerajaan atau anti apaa-pun. Anak buah aku pun tak panggil aku anti, diorang panggil aku uncle atau paksu. Kalau aku jadi penguasa pun aku pasti lemah untuk mengatur semuanya jadi perfect tapi yang terbaik itu bukan keputusan tapi yang terbaik itu adalah dari usaha yang kita lakukan. Harap-harap korang faham. oklaaa Salam.

Saturday, August 29, 2009

Waiting for sahur

I dont know where to start, emm salam. Actually internet is very slow here. Many of my friends merungut because of this. That why i jarang update my blog.
I cannot sleep tonight. Maybe because my stomach was full and still working that prevent me to sleep. I watched football last nite, then i borak2 with our pak guard after that. Emm a lot of things that we share tonight but it was a loooooooong conversation with them until i get sahur from them sponsored by abang Man and Hisyam (pak guard)
Emm again, where to start?
They always asked me question that make me think after that. I always answer it honestly but I despite I rather said dont know than answer yes or no. Heee. For me, it was nice to chat with them, although they always bluffing me and I will make innocent espression after that. Hisyam offered me a cup of coffee and the coffee taste weird! I asked abang Man waht kind of coffee is this? then he 'slumberly' said that this coffee bean was soaked with red wine before it produce, then I fell guilty to drink it quickly I put it on the table. Then he laugh. He just bluffing at me.
Starting from here, we always talked about alcoholic drink, which is known forbidden by Muslim. He always asked me about Islam until finally he said that he was regret because he cannot read Al-Quran. He also told the story about his mother. He also told me about Rosley Dhoby who was famous at Sibu because he killed Sarawak Gorvernor a long time ago. He said that his girlfriend (Rosley Dhoby) are still alive until now and still not married.
Arghhhh why I tell you about these things, emm actually the main thing that I want to say is we need to be nice with everyone and be too sombong with other people. If we nice with someone, they will apreciate it and you will get something that you have never expected it before. Too many things that happen in our life that we want to share to other people. Too many things happen to all people that we can get something from it.
I always seen typical medical student that loves books more than people. Until they always learn people from books and not by looking at people with their own eyes. We also said that to be a good people we need to be with good people but it does not means that you cannot share something bad people because sometimes the bad looking people have a good hearted people (until proven otherwise heee). People can see with their eyes but rarely use their heart to see. Think of it. Salam
p/s : i dont said that our pak guard is bad, they are good man. But don't always see pak guard as a pak guard but sometimes see them as a teacher, or your brother, ( or a news anchor ).

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan

Ehem, Salam. Err selamat menyambut Ramadhan. Ramadhan kali ni sangat sejuk!!!!( sebab selalu hujan) Hehe. Hei dah lama tak post nih. Emm sebab dah internet slow. Hari ni, emm minggu ni adalah minggu untuk wanita. Aku dah dan akan posting O&G untuk 8 minggu yang akan datang. TAdi untuk first time dalam sem ni aku masuk balik ke dalam labour ward Hospital Sibu nih. Masuk2 jer seorang mamat indian bernama prem cakap kat aku, " mother tu tak bagi tengok time dia delivery". Huh, kecewa, tapi takper patient is first, so aku pun pergi jumpa doktor yang dahulu terkenal dengan kegarangannya dengan medical student nih, "Emm doctor, I'm medical student who newly attached to this ward, can you help me or give some tips or guide while we at here? . Perghh doktor tu terangkan macam baik sekali dengan mimik muka dia explain tu memang lain dengan apa yang budak-budak ni cakap. Aku pun risau jugak! Arghh apalah, orang dah baik risau, orang buat garang pun risau jugak. So, ada jugak laa nurse yang buat muka masam dan aku pun tak tegur tapi mungkin stress kot. Aku mesti think positive. Tapi malam ni memang takde patient pun yang bersalin. Lepastu ada laa mid-wife (bidan) yang agak berumur memulakan perbualan dulu, "malam ni memang tak ramai mak yang bersalin, malam tadi ramai 9 orang, nak bersahur pun tak sempat." Aku pun duduk laaa sekejap berbual dengan makcik bidan tu, dekat wad materniti pun ada jugak jumpa seorang bidan yang agak berumur ni, memang baik. Aku tak panggil nurse, aku senang panggil dia hajjah. Wahh, emm moga-moga aku ok dekat O&G posting nih. Harap-harap aku enjoy belajar dan menggembirakan mak-mak orang. Tadi ada mak nih masuk buat ultrasound scanning tengok anak dalam perut dia terbaring melintang. Muka dia pun dah mula risau. Aku sebagai hero tak berani bagi harapan yang bukan-bukan, tapi aku tahu dia Muslim. Jadi aku mulakan dengan cakap "kakak puasa harini?" , dia cakap yaa. Aku doakan semoga amalan puasa dia bertmabah keberkatan dan pahala sebab dia puasa waktu mengandung. Oklah , banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi tak cukup masa kan, esok nak tengok lagi bakal-bakal wanita yang melahirkan anak. Semoga anak mereka jadi anak yang baik. Aku sebagai hero pulak perlu menjalankan tugas menggembirakan mak-mak ni. Harap-harap diorang tak terbersalin bila ketawa tengok aku buat kelakar. Hahaha. Oklah. Owh lupa bagitahu, perkataan 'mak' tu ditujukan untuk wanita yang bakal bersalin. Ok salam.

Tuesday, August 18, 2009

Hari untuk lapang

Bismillahirrahmanirrahim, haiz mana ada hari yang lapang untuk orang yang perasan sibuk macam aku, tiap hari aku susah hati, malam bukan masa untuk tidur lagi. Kan bagus kalau manusia macam malaikat, tanpa tidur sebagai jadual hidup. Tapi physiology badan yang harus penat buat kita rasa perlu untuk tidur.. Insomnia insomnia, apa yang aku fikirkan sampai tak dapat tidur. Tapi bersama dengan kawan-kawan di waktu malam ni pun seronok juga. Tak mudah terganggu, segalanya sunyi sepi. Cahaya tak begitu terang, suhu tak begitu panas. Aircond tak perlu dipasang, mengurangkan kesan penipisan lapisan ozon. Siapa kawan aku sebenarnya? dialah malam yang selalu gelap, dengan lampu jalan yang terang. Aku memerhatikan mamat tukang kutip sampah begitu cepat dengan lori sampah walaupun aku tak mengenali mereka. Sesekali ada motor harley lalu melintas jalan, atau pun kereta yang laju dimodified sesuka hati atas alasan mempunyai plat kenderaan dari Sibu, sampailah subuh ada 2 orang budak yang menuggu bas sekolah di simpang jalan. Merekalah yang menemani aku kala tidak dapat tidur. Ada lagi sebenarnya... tapi itu bukan kawan. Tapi Tuhan. Dialah yang menerangi malamku.
Harus bagaimana? aku terlalu asyik memerhatikan orang. Dulu sewaktu di matrikulasi, aku ada tulis satu lirik lagu, bunyinya macam ini. "biar aku penat perhatimu di siang hari, memikirkan tentang kamu tanpa rasa jemu-jemu. Agar bila malam aku bisa di kamarku, tak akan rasa terganggu, agar mimipikukan indah. Biarkanlah aku seperti malaikat jiwa, yang sentiasa memerhati, walau tanpa kau sedari. Ku hanya pujangga, yang teliti memikirkan hidup. Yang penuh dengan rahsia, sulit untuk difahami".
Terus aku jarang memikirkan apakah penyelesaian pada hidup ini, yang pasti yang muda akan menjadi tua, yang segar akan jadi layu, yang bersih akan jadi karat.

Monday, August 17, 2009

Post-exam

Salam, fuhh dah habis dah exam yang agak mendebarkan, well i think boleh kot kali nih, InsyaAllah. Hmmm Nak cerita apa? haaa, arini aku ada exam , tapi sekarang dah habis lalalala. Semalam telefon mak, baru nak telefon padahal exam dah start. Aduhhh takde idea laa nak cerita apa nih. Haa takpelah nanti laa kalau ada cerita lain kali aku cerita. Dah habis exam lalalala.......salam

Thursday, August 13, 2009

Exam minggu depan



Alhamdulillah, minggu ni dah dua kali aku tengok dekat tingkap 2 orang budak sekolah dapat naik bas sekolah pukul 6.30 pagi, menandakan aku tak jammed Subuh dan aku tak Jammed lepas solat Subuh. Ehem. Salam. Tak banyak nak cerita melainkan minggu depan ada exam. Exam. Exam. Wahh takut jugak nih. Tapi Insya Allah. Bleh kot. Malam tadi konon sebab bosan nak study kat bilik aku pun nak pergi library la malam tadi. Sampai kat bawah tu bilik seminar nampak terbukak. Aku pun tanya Bang Man pak guard, "bilik seminar bukak ka? nak study situ boleh?" dia cakap boleh. Pastu masuk jer bilik tu ada sorang amoi tengah buat kerja kat depan, aku pun masuk jer, bukan aku kacau dia pun, aku ambil tempat kat belakang bilik seminar dan mulakan nak study dengan harapan dapat tekun laaa study. Bang Man masuk bersama aku tadi pun tanya "Kitak exam kaa minggu depan?" aku menggangguk cakap yer. Lalu depan aku dia berdoa dengan kuat, " Ya Allah, kau luluskanlah kawan-kawan aku yang mahu ambil exam minggu depan ". Aku dengar doa tu aku diam. Syahdu gak. Ada orang yang doakan untuk kita. Lepastu masuk jer Isyak ada laa kawan aku azan dekat surau aku pun terus stop kejap study pergi solat jap, nanti senang sikit kalau takyah tangguh solat nih. Lepas study sikit aku pergi keluar minum jap, masuk bilik seminar tu balik, tengok kawan-kawan amoi tadi datang dengan semuanya pakai seluar pendek tahap peha. Aku pun yang duduk kat belakang rasa malas dah study situ so kemas barang terus naik bilik.
Memandangkan aku nak exam nih, sebenarnya, emmm sejak kebelakangan nih aku makin jarang panjangkan doa untuk exam nih, selalu fikir lepas solat nak study, nak study nak study jer. Teruk betul. Kadang-kadang kita nih, tak terlintas pun nak mengharapkan satu hari nanti diri kita nih menjadi bertambah baik, namun sebenarnya ada orang lain yang mengharapkan kebaikan disisi kita. Kebanyakannya ramai pulak yang menolak tu. Kecuali kalau kebaikan itu ada peluang atau faedah untuk diri dia. Kalau kita nak tahu orang macamana yang menyayangi kita, cukuplah orang tu mendoakan kita meskipun kita tidak tahu. Dan orang itu sebenarnya lebih menyayangi kita daripada orang yang sekadar mengungkapkan I LOVE YOU.
Kalau nak bercakap pasal cinta nih aku rasa orang lain lagi pakar kot dari aku. Pada aku lebih baik kita selalu belajar tengok heart dalam X-ray daripada termenung memikirkan heart and feelings orang lain yang kita sendiri tak tahu. Hahaha, Study, Study, Study. Salam

Wednesday, August 12, 2009

I'm Moving


Saya telah berpindah dari wordpress ke blogger. Terima kasih.

Tuesday, August 11, 2009

Hujan telah datang

Pagi ni hujan datang lagi selepas panas dan jerebu yang panjang. Owh lupa bagi salam. Salam. Emmm harini cam biasa pergi ke hospital untuk belajar, nothing special. Cuma jumpa dengan seorang budak yang ada Transposition of Great Arteries. MUlut dengan mukanya ada biru , jarinya ada clubbing. First aku datang dia agak takut. Tapi bila lama-lama aku main-main dengan dia, dia senyum dan bila aku minta diri untuk pergi aku pandang dia dari jauh, dia senyum dan lambai-lambai dengan aku. Bukan untuk ucap bye-bye tapi untuk suruh aku datng balik main-main dengan dia. Hehe kelakar. Ada sorang budak lagi yang baru baik dari demam panas jalan-jalan sekeliling ward dengan mak dia, aku lintas depan dia terus pegang jari aku minta pimpin bawak jalan-jalan. Hehe kelakar. Ehem, bukan nak cakap aku ini charmed atau ada magik, tapi aku macam ok je kot kat paed ward ni, happy bila tengok budak kembali sihat. Walaupun ada yang tak sihat seperti normal, at least melihat diorang ni dapat apa yang paling baik bagi keadaan diorang dan dapat senyum itu pun cukup baik bagi aku. Waktu tengahari naik dekat bilik rehat di tingkat level 3 hospital. Jumpa dengan budak posting medicine tngah ada class dengan Dr Annuar, aku pun masuk konon nak masuk senyap-senyap tanpa buat bising, tapi Dr Annuar tenogk aku terus sergah, "haaa , Apasal ? " dia diam kejap pastu terus cakap " MUKA DIA JER ADA DALAM FACEBOOK" dengan tersenyum.  Hahaha. Padan muka aku post gambar macam-macam lagi.

harini waktu lepas makan tengahari baru aku dapat telefon mak. Mak cakap weekend aritu dia pergi kenduri rumah kakak pada abang ipar aku kat Seremban. Handset abah tinggal kat rumah kakak. Huuu. Tapi tadi mak pegang handset sambil cepat mengacau gulai.

Mak cakap sejak minggu lepas ada 2 orang kampung meninggal dunia, seorang sebab stroke dan sorang sebab darah tinggi. Innalillah.Masa semakin cepat berlalu membuatan yang tua makin ramai pergi dulu.

Dalam hidup ni memang camni kan. Kita senyum melihat yang hidup, menyayangi dan disayangi dan kitya juga tahu satu hari nanti kita akan mati, dengan kesedihan dan .......... penyakit.

Bila aku fikir balik, banyak masa aku sibuk juga cari benda yang aku juga tahu tak berapa penting pun dalam bekalan hidup aku, tapi sengaja aku buat-buat benda sangaaataaaat atttt penting. Mengada-ngada betul aku. Malam tadi aku berbual dengan abang Man lepas balik dari library, dia cakap apa, "sebenarnya Nis, aku banyak nak nanya kau soalan?" , "Kalau kau lah mahu kahwin nanti, perempuan macamana yang kau nak cari ?" , Aku bosan dan muak, aku diam dan senyum macam biasa. Dia pun tahu aku tak nak jawab soalan tu. Lepas tu dia sambung lagi, "kalau aku tak kahwin lagi macam kau, aku pilih perempuan ustazah, sebab apa yang kau cakap, dia mesti ikut".  Hahaha. Huhuhu. No komen. Aku diam jugak.

Cukuplaa tu, rupanya peribahasa melayu, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari tu memang nampak orang Melayu dulu jarang yang ada cita-cita nak jadi peramal kaji cuaca. Tak semestinya panas tu yang buat kita gembira, kadang-kadang kita juga tunggu hujan datang bila hari sangat at at panas. Harap dapat faham.

Sudahlah, hujan pun dah berhenti, malam ni memang sejuk. Baik kalau dapat tidur dan mulakan pagi yang segar esok. Salam.

Saturday, August 8, 2009

Sabtu 8/8/09

Salam, minggu ni ada sminar paediatric. Actually seminar ni untuk nurse dan h.o tapi dengan muka tak malu aku pun turut serta jugak nak pergi. Oleh kerana tu malam tadi aku tidur awal walaupun tak berapa awal laa dalam pukul 1pagi camtu start tidur. Pagi pun ngantuk. Dia punya course dahla sampai 5 ptg. Aku pun ngantuk gak. Hehe tapi bukan aku sorang jer ngantuk. Ada gak h.o lain yang tersengguk-sengguk. Jadi tak berapa malu laa. Memang laa penat . Course tu sampai petang dengar orang cakap jer. Emm tapi tak rugi laa pergi. Banyak benda yang paediatrician ni share. Tambah pasal H1n1 lagi yang tak terdapat dalam buku teks. Tapi pagi tadi sebelum nak pergi aku call mak. Call rumah tak dapat. Call handset pun takder orang angkat. Pastu tengahari tadi ada missed call dari abah. Tapi aku tak call balik laa sebab time lunch tu kejap je, dahla nak solat lagi. So, lepas seminar tadi malam lepas Maghrib aku call rumah, takde orang angkat. Call handset tak angkat. 2kali. Sekali lagi pukul 9.300 malam. Pastu aku pun tidur dan bgun pkul 3 pagi. Emm takkan nak call waktu sekarang kot. Owh semalam pun ada call jugak rumah pun tak angkat. Aduhh mak, rindu nih. Takpelah esok try lagi. Parents aku nih kalau dah boring kat rumah selalu jugak jalan-jalan pergi rumah abang dan kakak aku kat seremban. Now diorng dua orang, so macam honeymoon jugak laa. Abah pulak selalu kalau pergi singgah mana-mana selalu tinggalkan handset dalam kereta. Pastu bila tengok ada missed call baru call balik. Haish. emm takpela kot. Moga-moga diorang sihat selalu. Salam

Tuesday, August 4, 2009

Takder nak buat apa.

Salam, dowh, aku punya laa malas sekarang nih. Exam lagi 2 minggutapi tetap malas jugak. Ahhhh. Tapi takkan nak salahkan cuaca pulak. Bukan aku boleh tuntut kat diorang pun Hmm sekarang heboh pasal H1n1, so sebagai seorang yang berkecimpung dalam budang perubatan ni yang perasan tahu pasal H1N1 ni, aku akan bagi sedikit tips dan info pasal H1N1. H1N1 ni adalah virus. Dan ianya bahaya boleh menyebabkan paru-paru kurang surrender nak menjalankan tugas. Ok itu jer. Haritu kawan pada seorang sahabat aku baru meninggal nih sebab H1N1. Dia dulu student kat Russia. Jadi nasihat aku takder gunanya korang nak mengelak dari kematian berlaku sebab ianya pasti berlaku. Tapi aku tak cakap korang tak perlu berusaha untuk mencegah dan merawat penyakit yang sudah ada. Aku tengok ramai ustaz kalau ceramah mesti cakap pasal babi kotor, Kesian kat babi. Dahla kalau benda tak elok kat seseorang orang akan panggil nama dia dulu. Muka pun tak hensem, takder dalam karakter wonderpets. Dowh. Tapi bukan maksud kita kena bunuh semua babi bai, cuma kita kena jaga kebersihan laa dan sedia hadapi hari-hari ni dengan penuh sihat supaya kita boleh buat banyak kerja dan tak malas mcam aku. Babi, babi. Kenapa laaa kau jadi babi. Dulu waktu kecil memang sensitif laa perkataan nih, kalau boleh mak bapak memang taknak ajar perkataan nih kat anak-anak diorang. Kalau yang mulut report dulu mesti selalu cakap macam nih, "haha, kau cakap ba alif ba ya, aku bagitau kat mak kau" pergh sampai camtu sekali. Kesian kat babi.
Tapi takpelah moga kita ni tak jadi malas macam babi. Alamak ayat nih macam terkena kat aku balik. Ahh lantaklah. Jangan laa perangai kita macam babi. Jangan laa kita ni tak suka dengar nama itu dipanggil oleh orang lain kat kita tapi padahal perangai kita lebih kurang jugak atau lebih teruk dari tu. Salam

Sunday, July 26, 2009

Hadapi insomnia

Minggu ni aku kena penyakit insomnia, hanya dapat tengok kawan2 aku yang lelap tidor waktu malam. Pas subuh baru dapat lelap. Nasib baik kelas pagi tu takde. At least aku boleh pegi wad lambat skit. Dah try macam-macam dah. Main bola waktu petang, push up, avoid coffee tapi tak dapat jugak tidur. Nak cakap bilik panas pun takder plak. Tingkap punya laa luas terbukak. Kipas punya laa laju. Nak study pun stress sebab tak dapat tidur nih. Jadi aku pun termenung. Termenung termenung termenung. Tapi tak tahu nak pikir apa. Semuanya OK. OK OK OK. Tak pelah pasni aku tidur. Nak tidur nak tidur nak tidur.

Tuesday, July 14, 2009

Buat case write up

Wahhh busy jgak nih. Salam. Sebenarnya tak berapa busy laa, tapi tgok student lain nampak macam busy jer, pukul 7.30 pagi parking kereta kat hostel kosong sebab semua budak ni rajin pergi ward, so aku pun perasan busy macam diorang jugak lah, walaupun sampai kat ward aku main2 dengan budak2 jer. Tadi ada budak ajak main power rangers siap pakai topeng lagi tuh, aku pun nak main sebenarnya tapi sebab nak menjaga imej kemachoan aku depan h.o dan m.o ni dengan nurse, terpaksa aku batalkan niat aku. Nak post blog , segan la plak sebab internet dengan komputer menjadi hak public so aku segan orang tinjau2 tengok apa yang aku tulis. Alahai, hidup laa camner camner pun, janji tak menyusahkan orang lain. Duit pun dah masuk, guna laaa dengan jimat cermat , jangan ikut nafsu sangat. Oklah, time to go to real life now, salam.

Wednesday, July 8, 2009

Minta maaf membuat mak cik menangis

Salam, emm nak cakap yang cerita nabi Sulaiman a.s tu bukan dalam surah Hud tapi dalam surah Al-Naml mula ayat 15. sapa yang salah check tolong check balik, kalau nak aku huraikan nanti laa. Emm still dekat hospital Sibu waktu lunch break main komputer dekat bilik rehat nih. Sekarang nih tengah posting paeditrics balik. Emm sebenarnya tadi ada sorang patient yang sudah lama duduk dalam ward, lebih kurang seminggu lebih, tapi selalunya aku update patient tu, at least aku akan pergi approach tanya macamana perkembangan anak dia, eh lupa lak. sebenarnya patient tu umur dia 9 tahun yang dijaga oleh mak dia. Tapi waku weekend aritu aku tak jumpa la makcik tu sebab ... emmmm MALAS NAK PERGI WARD. pastu semalam pun ada kat ward kejap je sebab kena pergi klinik kanak-kanak istimewa. pagi ni aku nampak makcik tu lagi. Anak dia tengah tidur. Aku dekat dengan makcik tu, pastu mulakan dengan pertanyaan "macamana makcik?" terus dengan hiba makcik tu jawab "tak tahulah " dan terus menangis, menangis, menangis... diwaktu itu hanya aku ada disebelah makcik, datang beberapa orang kawan aku sebab nak tahu apa yang berlaku. Sumpah aku tak tahu nak buat apa, hanya berdiri tunduk tunjuk rasa simpati. Tapi sekejap tu aku berusaha buka mulut dengan cakap "sabar yer makcik" namun makcik tetap terus menangis. Aku menepuk belakangnya supaya dia tetap bersabar. Semakin lama semakin ramai pulak yang melihat aku di situ lalu ada yang mendekati untuk mengetahui sebab apa? Aku katakan anaknya menghidap tranverse myelitis, Investigation masih dalam proses. Sebenarnya patient yang sudah lama itu sepatutnya semua sudah tahu akannya. Emmm mudah-mudahan anak makcik yang cantik itu lekas sembuh. Aku tahu akan ada kesusahan lepas ni. Tapi moga makcik tetap tabah, tabah, tabah. Dana moga aku juga dapat belajar dari makcik mcamna mahu jadi sabar, sabar , sabar.

Friday, June 26, 2009

Akan kembali

Hmm esok, aku akan berangkat ke Sibu, Sibu ke Kuching adalah dalam 7 jam perjalanan. Jauh jugak tu. Dan untuk kedua kalinya akan menjejakkan kaki ke sana. Harapan? mmm semoga dapat kenal lebih ramai lagi orang. Hahaha. Takdelah main-main. Mungkin lepas ni jarang sikit kot nak update blog sebab takde internet connection. Takpelah lagipun takder apa yang menarik juga kot nak diceritakan kat sana. Tapi takpelah ini bukan pengakhiran. Lagipun yang bacanya bukan orang lain, aku juga yang baca. Hehe.

sarawak_map

Harini tak ada apa yang menarik, cuma malam ni ramai yang sibuk memunggah barang untuk diloading ke dalam lori esok. Aku pulak busy and mengada-ngada nak update blog yang ntha ape-ape nih.

Tadi ada tazkirah di surau tentang kisah nabi Sulaiman a.s dengan Putri Balqis. Kisah yang menarik dalam Al-Quran dalam surah Hud mulanya dari ayat 15. Cubalah baca dan faham bagaimana respectnya aku pada nabi Sulaiman ni. Sampaikan putri Balqis tertarik untuk berjumpa dengannya, terpikat dan malu dengan akhlak nabi Sulaiman ni. Bayangkanlah kalau kita ini didatangi oleh seorang puteri yang berkuasa dan tertarik pada kita atas kemuliaan akhlak kita. Tapi nabi Sulaiman mana pernah bangga diri, dia lalu lebih bersyukur dan lebih berdoa semoga dengan keistimewaan yang dia miliki tu , dia akan berbuat banyak kebajikan.bh

Lepastu malam ni banyak ketawa lah pulak. Entah laa, sebenarnya rasa aku sedih sekarang ini. Aku masih terkial-kial mencari bahan ketawa semoga dapat gembirakan hati. Sekarang ni kawan-kawan aku semua heboh tentang cerita transformers. Alamak, dah lama dah aku tak jejakkan kaki kat wayang nih.  Tapi aku pun tak jadi nak tengok. Minat pun takde walaupun orang ramai cakap ceritanya best. Mungkin dah tamat kot zaman untuk aku bermain-main dan berangan-angan nih.

Masih banyak lagi kerja yang tak aku settle. Dan cita-cita aku masih jaaauuuuuuuuuuuuuuh lagi untuk dicapai. Mana mungkin aku cepat penat dan letih dan berehat dalam erti kata bersenang lenang. Kepada kawan-kawan, orang yang mengenali aku dan sesiapa yang pernah bertemu dengan aku, itu bukannya alasan untuk aku menjauhi dan berburuk sangka terhadap sesiapa. Adalah satu cara yang sangat salah bila kita langsung tidak menyukai seseorang itu atas sebab kita tidak menyukai akan pebuatannya itu. Sebaliknya kita lebih mendampingi dan menyaynginya dan at least mendoakan kebaikan pada dirinya. Orang yang memberikan kita kesenangan, kemewahan dan kegembiraan belum itu betul-betul jujur dan sayang pada diri kita. Mungkin dilakukan atas dasar ingin menutup mulut kita, ingin menutup hati kita untuk mengtahui kebenaran, atau apa sahaja perancangan jahat yang berada di dalam lubuk hati knya yang hanya diketahui oleh Yang Maha Tahu. Orang-0rang yang menanyakan masalah kita, belum tentu jujur mengambil berat akan kehadiran kita, belum tentu benar untuk membantu diri kita. Minta maaf aku mahu menceritakan sebuah kisah. Kisah ini berlaku di dalam lif fakulti tempat aku belajar. Sewaktu aku menekan butang lif untuk pergi naik ketingkat atas, dengan terburu-buru ada seorang pensyarah yang bertugas dengan hal ehwal pelajar masuk ke dalam lif itu. Aku pun terburu-buru untuk menekan butang pintu lif agar terbuka balik. Sewaktu di dalam lif ini seberapa sedikit tentang dialognya :

Dr. A : Macamana ICC (kursus klinikal), ok ke?

Aku : Ok jer, macam biasalah.

Dr A : Hari tu exam surgery macamana? Fail ke tak?

Aku : Err Dr. result surgery tak keluar pun lagi.

Hmmmm, mudah-mudahan aku sangat bersangka baik dengannya. Tapi oleh kerana tugasnya sebagai menjaga hal ehwal pelajar, memang patut dia menanyakan soalan itu atas dasar menunjukkan sifat mengambil berat tentang pelajar. Tetapi, dia juga sepatutnya tahu bahawa menunjukkan sifat mengambil berat kepadaku itu tidak ada apa sangat pun bagiku sebaliknya dia sepatutnya terlebih dahulu mengetahui bahawa siapakah yang gagal atau lulus dalam peperiksaan surgery tersebut.  Sedangkan dia sama sekali tidak tahu sama ada keputusan itu sudah ditampal atau belum, tidak hairanlah dia tidak mengtahui bahwa aku ini gagal ataupun tidak. Sampai sekarang aku sendiri juga tidak tahu. Hmmmm. Mungkin dia terlalu sibuk kerana betapa ramainya pelajar di fakulti tempat aku mengajar untuk dia tahu siapa yang gagal atau lulus dan peperiksaan yang aku ambil itu mungkin kecil sahaja bagi dirnya. Atau mungkin aku ini bukannya pelajar di situ? Hmmm. Mudahan Allah berikan yang terbaik untuknya.

Hmm sudahlah. Sebenarnya aku ini dilahirkan bukan untuk meilai dan menghebohkan keburukan orang. Sebaliknya menilai dan menjadi pengajaran supaya dapat membaiki diriku yang banyak kelemahan dan keburukan ni.

Aku harus kuat untuk menempuhi semua ini. Aku tahu tiap orang mempunyai masalah, dan tiap orang mempunyai jalan penyelesaian mereka sendiri. Bagi aku jalan penyelesaian tidak semesti menemui jawapan, tetapi cara penyelesaian itulah yang patut dinilai samada baik atau buruk . Hee teringat pulak waktu ambil add math di sekolah dulu, boleh sahaja guna kalkulator untuk dapat jawapan, tapi markahnya banyak diambil dari jalan perkiraan. Hahaha

Oklah, Salam.

Thursday, June 25, 2009

Kek yang berkata-kata

kek di  rumahkek buat di kolejIni dua kek coklat yang berbeza yang dimasak oleh aku,  yang di bawah nampak lebih berkrim dan sedap tapi kek yang dibawah ini dalamnya hangus sebab di masak menggunakan microwave tapi kek yang diatas sedap dan lembut sebab  aku masak kukus pakai api. So, bak kata conficious " A picture tell 1000 words".  Silalah membuat kesimpulan sendiri yer.

Wednesday, June 24, 2009

Till the time come...

Wahhh nape hari ni, macam aku dikelilingi oleh kegembiraan. Dari pagi sampai ke malam ni. Aduhh. Kejap check balik, emm baca Al-Quran? ok dah, Solat sunat? wahh hari ni banyak btul tertinggal.  Study? emm 2 topik dah cover. Istighfar? Istighfar? Wahhh belumm. Tadi baru jer dengar tazkirah pasal istghfar. Maksud dia memohon keampunan pada Allah. Kalau kita buat salah dengan orang kita kena minta maaf, dengan Allah apatah lagi. Kalau kita ni jenis yang susah nak minta maaf dengan orang, selalu berdendam, orang buat dengki kat kita kita rasa nak balas balik, patut kita check kekerapan istighfar kita. Sebab kita tak terlatih untuk meminta maaf atas kesalahan kita pada Allah, mungkin sebab tu kita susah nak memaafkan orang lain dan lama-lama jadi penyakit yang kalau tak dirawat lama-lama akan jadi kronik dan jadi satu penyakit yang dinamakan BUSUK HATI. Wahhh. moga-moga tak ada orang yang busuk hati pada aku.

Tadi pagi ada clinical demo by lecturer, banyak juga yang dapat dipelajari nih. Lepas tu petang tu tidur tengahari kejap sampai termimpi-mimpi pulak pasal demo tadi. Wahh menakjubkan. Lepastu ada kelas, selalunya aku duduk depan tapi tadi atap auditorium belah depan bocor terpaksa duduk belakang. Susah duduk belakang ni , sebab mata suka meliar tengok gelagat orang jadi susah fokus. Ada yang tidur, main cuit-cuit, main games, melukis (termasuk aku) dan lain-lain lagi laa. Lepas tu balik tadi dapat makan puding yang sedap. Sedap, sedap, sedap.

Ada lecturer cakap orang melayu ni, ada banyak penyakit. Satu malas. Malas, malas, malas. Patut laa aku malas. Aku orang melayu rupanya. Pastu ada satu lagi penyakit, suka bagi alasan. Alasan alasan alasan. Jadi azam baru kena jangan jadi malas dan jangan bagi banyak alasan. Baru boleh jadi Melayu maju.

Jadi apa kena pulak dengan tajuk till the time come ni? Sebenarnya aku baru menjalani satu kehidupan yang agak pahit. Tak perlu cakap sebab itu rahsia aku dengan Allah. Yang penting aku sangat sangat percaya yang waktu manis akan sentiasa akan ada. Sangat sangat percaya.

Kepada orang yang aku teringat di fikiran aku sekarang nih, termasuklah yang pernah aku temui walaupun beberapa saat pertemuan, aku takkan lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka-mereka ni.

Sekarang ni aku suka la dengar lagu Maliq n D'essential ni. Jangan risau memang susah nak cari lagu diorang sebab tak popular kat Malaysia nih. Tapi aku akan copy paste liriknya. Salam

Lirik Lagu Mata Hati Telinga - Maliq and DEssential

Satu cerita tentang manusia
Coba ‘tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya

Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia

Reff:
Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta ooo..
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga

Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang ‘kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan

Back to Reff: 2x

Buka mata hati telinga
Buka mata hati telinga
Coba kau buka mata hati telinga
Mata hati telinga

Tuesday, June 23, 2009

BUSY BZ..

Salam SORRY BEB aku rasa perasan sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Banyak benda nak kena cover, nak packing barang lagi. Tapi tadi ada laa aku pergi singgah bilik member jap lepas buat air sarsi. Pastu tgok ada sorang member aku ni tengah baca Al-Quran. Ya Allah aku terlupa laa nak baca Al-Quran harini, patut laa rasa macam sibuk tak ingat dunia. Nasib baik aku sedar. Kalau ada orang Islam yang baca post ni, nak cakap sikit pasal Al-Quran ni. Al-Quran ni nak cakap dia ajaib pun susah sebab kalau tengok dengan mata macam kitab biasa jer yang selalu tersusun rapi dekat masjid atau surau. Tapi aku rasa Al-Quran ni seolah-olah ada nyawa dan perasaan juga. Kalau tak caya cuba kita check diri kita - kalau kita rasa kita baca Al-Quran pastu kita jadi boring , tak berminat jadi macam tu laa jgak aku rasa Al-Quran rasa. Al-Quran lagi laa tak hingin kita baca dia dengan perasaan camtu. Tapi bila kita rasa syok jer nak baca Al-Quran , Al-Quran pun jadi syok  bila kita bacakan dia kot. Bila ada sedara kita or orang yang kita sayangi ker meninggal dunia ke, kemalangan ker, kita jadi seronok lak nak baca Al-Quran kadang-kadang sampai nangis nangis, seolah Al-Quran tu jadi teman kitawaktu kita sedih. Adapun bila kita rasa sibuk sampai lupa Al-Quran blum baca lagi haritu, seolah Al-Quran macam memanggil manggil kita macam rindu dengan kita.  Emm sebenarnya ni lebih pada perasaan dan aku tak cakap yang exactly Al-Quran tu bernyawa yer, nanti ada orang cakap aku bawa ajaran sesat plak. Apapun yang korang jadi dan korang lakukan janganla sampai lupa nak  baca Al-Quran.

Sunday, June 21, 2009

Mengelamun

Pagi ini aku bangun lambat, ntah apa laa dosa aku ni asyik bangun lambat jer hari-hari. Tapi lepas aje bangun dalam pukul 8 pagi camtu semua aku tengok masih tidur lagi. Aku pergi laa ke gym sebab rajin plak hari ni nak exercise, kejap jer dalam 45 minit camtu aku pun naik balik kepenatan dan loya2. Bila terbaring kat lantai tu terus terlelap sampai pkul 10.30. Petangnya pun tidur jugak lepas zohor tapi sekejap lepas tu pergi ke liqa'. Aku rasa sangat best melihatkan kawan-kawan aku nih yang sangat bersemangat . InsyaAllah mudahan akan ada keberkatan pada kami berkumpul. Kawan-kawan aku banyak yang menasihati, kalau mahu melakukan sesuatu tu kena lakukan dengan ikhlas. IKHLAS IKHLAS IKHLAS. Selalunya kita cakap jer ikhlas tapi dalam hati ada niat lain . Apa ikhlas ni? hmm kalau nak huraikan memang tak dapat habis dalam satu post jer. Senang cerita mcam ni. Kalau nak tahu ikhlas ni kebayakan apa yang kita lakukan tu hasilnya lambat untung, atau hasilnya macam tu jugak atau hasilnya kita jadi lagi rugi lagi. Wahh mesti ramai anggap kalau camni tak bleh laa bisnes dengan ikhlas, asyik rugi jer. Sabar dulu. Ini dalam konteks permulaan untuk melakukan satu perkara. Hasilnya di kemudian hari akan datang. Kalau dalam Al-Quran tu cakap datangnya tidak disangka-sangka.

Wahhh, penatnya takpelah, moga-moga aku ini diberikan keikhlasan oleh Allah walau seberapa kecil pun perkara aku buat even bila nak buang air pun .

Friday, June 19, 2009

hari jumaat yang spoil

aik, aku tengok mcm ramai jer yang view blog ni tapi tak bagi comment pun. Emm takpelaa mungkin blog ni mcam buang masa kot, tak bagi manfaat. Hmm hari ni memang spoil, pagi tadi bangun tgk2 pukul 7.45 itupun nasib baik anaiki housemate aku kejutkan. Alamak, lecture pkul 8, mandi pun sekadar basah badan jer pastu pergi lecture mcam biasa. Alahamdulillah tak mengantuk pun pagi tadi, lecture Dean tentang ethics frankly speaking memang tak berapa menarik tapi aku boleh faham apa yang perlu ada untuk jadi seorang yang beretika dan professional. Tapi tu ok lagi walaupun tak terlelap aku still menguap jgak, waktu ada tea break aku pun beli kopi secawan. Actually everyday pun macam tu. Lepas kena kopi ada lecture pasal history taking and physical examination by retired physician. Lecturer ni memang old timer dia jadi medical student waktu around 60's macam tu. Dia punya lecture ni lebih kepada talk laa dan aku tak salin sangat pun. Apa yang menarik yang dia ceritakan pada aku ialah bagaiman kat medical school dia ulu, dia punya dean sangat liberal. Diorang tinggal dekat hostel yang different gender tapi boleh bersosial dan bercampur antara hostel tu sesuka hati korang jer. Even kalau bdak perempuan nak mandi shower kat hostel lelaki pun takper. Ini dibuat dengan alasan nak membuatkan medical student ni tak tertarik dengan jantina yang berbeza. Juga tak tertarik dengan jantina yang samalah wahhh kalau itu terjadi lagilaa bahaya. Jadi hasilnya nanti student akan dapat melihat seseorang itu as a patient not a woman or man. Tapi pada akulaa hmm sangat sakit! Memang naluri manusia akan tertarik pada seseorang kenapa nak trained seorang manusia untuk jadi seperti robot kan. Tapi memang kalau seseorang tu dah fall in love, susah nak buat kerjalaa dan susah nak ambil kira apa yang akal nasihat tapi selalunya akan ambil kira yang kepala lutut dia nasihat means that suka buat benda bodoh.  Sudahlaa tu . Apapun dalam menghadapi setiap cabaran tu hakikatnya perlu berani. Berani mengatakan sesuatu yang tak patut untuk kita lakukan itu salah walaupun hakikatnya kita teringin sangat mahukan perkara tersebut. Memang ramai kat dunia ni yang tak berani. Nak tengok orang berani tirulah askar. Jangan tengok askar sekarang, tengok askar yang dulu-dulu waktu perang dunia ataupun mujahid waktu peperangan Islam dulu. Tak pernah pulak ada cerita diorang ni complain pasal takde perempuan dalam batalion ke, tak sanggup tinggal anak dan isteri ke. Mereka tahu mereka akan mati dan mereka tahu penghargaan yang akan mereka dapat tak senilai dengan nyawa tapi mereka berani mati terhadap apa yang mereka perjuangkan dan mereka merasa bahawa itu benar. Amacam, sanggupkah kita menjadi seorang askar ? Tapi askar sekarang sorry to say bukan semua tapi ada banyak  macam hampeh. Lepas pencen , kahwin pastu jadi jaga kat sekolah ataupun rela. At least ajarilah anak bangsa dan agama kita ni supaya jadi berani sikit. Jangan jadi lembik. Ada yang berani tapi bodoh pun tak guna jgak.  Ada pulak yang pergi berperang tahu nak rogol anak dara orang jer la pulak ( ni bukan kat Malaysia, tapi kat negara asing ). Dulu kat kampung aku suka la jgak dengar cerita tentang seorang pakcik ni yang lepas bersara dia jadi peneroka Felda.  Tapi sekarang dia dah sakit,  dia ada arthritis dengan psoriasis. Kesian askar memang bila dah tua nanti banyak sakit lutut sebab banyak berkawad dengan jalan jauh. InsyaAllah aku doakan yang terbaik untuk dia. Dulu dia seorang yang berani sebagai seorang askar tapi sekarang nak marah cucu pun cucu dah tak gerun dah. Walau apapun aku tabik hormat kepada pejuang-pejuang ni. Tapi orang yang berjuang atas kebenaran laa. Sesiapa yang berjuang dengan kebenaran dan bersungguh-sungguh berjuang aku akan doakan yang terbaik untuk mereka sebaliknya sesiapa yang hidupnya tak berapa nak berjuang, tak tahu dah nak buat apa hidup ni lebih baik cepat mati daripada menambah dosa. Owh takdelaa lebih baik cepat bangun daripada tidur dan cepat bertaubat.

Thursday, June 18, 2009

Takut dan harap

Hemm petang ni berakhirlah juga lecture tentang Nervous system dan Cardiovascular system. Aku tengok nak jadi lecturer ni bukan mudah. Nak jadi lecturer kena banyak tahu tentang seni , ayat-ayat macamana nak buat student tak boring tapi lecture yang informative. Penggunaan teknologi juga penting macam kamera video dan lain-lain tapi aku rasa penggunaan power point di zaman ini kebanyakan menjadi penyebab banyak lecture yang mengantuk dan boring. Aku suka lecture yang interaktif yang waktu lecturer banyak bagi soalan dan discussion tapi itupun kalau kita tahu laa sikit tentang topik yang nak dilecturekan tu.  Tapi apa kaitannya dengan tajuk post aku ni yer, takut dan harap . Hmmm.....

Kalau diikutkan semua orang akan takut gagal. Yer semua orang. Kegagalan adalah perkara yang sangat ditakuti. In fact, aku sebagai seorang manusia walau bagaimana cara pun pasti menghadapi rasa takut dengan kegagalan ini.

Kadang-kadang aku juga terfikir, wahh apa salahnya kalau aku gagal, yang gagalnya tu aku , bukan orang lain, yang tanggung sedihnya justeru aku tidak kena mengenanya dengan orang lain. Tapi pada satu sisi aku dapat rasakan bahawa selama ini yang di sekeliling aku juga manusia. Mereka juga ada perasaan seperti aku dan aku mempunyai persamaan dengan mereka. Aku juga mengenali satu ayat iaitu 'tidak mahu mengecewakan mereka'.

Sewaktu aku pulang tempohari, aku tidaklah sesedih dan setakut apapun untuk menghadapi bahawa aku gagal dalam peperiksaan. Namun, semasa pulang bercuti itu ketakutan itu begitu terasa. Aku baru tersedar aku punyai mak dan abah yang sentiasa berikan yang terbaik untuk aku belajar dan aku 'tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai abang, kakak yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk aku senang bila belajar dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai anak buah, anak-anak kepada abang dan kakakku yang mulai membesar yang mahukan aku lekas pulang untuk menemani mereka daan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'. Aku punyai jiran-jiran yang sangat baik, seringkali bertanya bila aku akan selesai kuliah, ada juga yang resah apakah beliau akan hidup lama lagi untuk dapat melihat aku menyelesaikan kuliah dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'.  Aku juga punyai teman-teman yang banyak mendorong dan mengharapkan agar aku lekas selesai kuliah semoga perancangan yang kami lakukan berama tidak harus tergendala dan 'aku tidak mahu mengecewakan mereka'.  Aku juga mempunyai pensyarah yang takut jikalau hidup aku gagal dan pensayarah yang sangat gigih merancang dan berbincang tentang masalah serta kehendak pada diriku dan 'aku tidak mahu mengecewakan dia.

Makanya kini aku sedar bahawa aku ini punyai banyak tanggungjawab pada orang lain disisiku. Ini baru sahaja berbicara akan manusia, kalau dilibatkan dengan Allah dan nikmat yang Dia telah beri aku lagi takut nih.

Yang penting aku harus lebih berusaha untuk tidak gagal lagi. Kerana gagal aku, betapa banyak manusia yang harus menanggungnya.